Timo Werner baru sahaja membuat pengakuan bahawa beliau bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya ketika bermain di England. Antara masalah yang dihadapinya adalah isu fizikal di England yang menyukarkannya.

Posisi paling diterjah

Dalam mana mana liga bola sepak, pemain penyerang sayap biasanya menjadi pemain yang paling banyak berdepan dengan bentesan.

Penyerang sayap / winger adalah berbeza dengan pemain sisi / side midfielder. Di mana pemain sisi biasanya mereka cenderung bergerak secara vertikal di bahagian sayap – menuju ke zon hantaran lintang berdekatan tiang penjuru.

Berbeza dengan pemain sayap, mereka bergerak horizontal ataupun memancung masuk  / cut inside. Ini bermaksud mereka mencetuskan ancaman terus ke dalam kawasan kompak.

1_export-28

Asas pertahanan berpasukan itu sendiri biasanya kompak ataupun padat di tengah. Jadi pertahanan lawan biasanya lebih toleran ataupun tidak agresif untuk menyerang pemain yang bergerak ke zon jauh di sayap / wide area.

Lihat lakaran ini untuk menjelaskan bagaimana posisi pemain penyerang sayap dalam sekelip mata akan menekan butang tekanan kepada mereka. Apabila pemain itu masuk ke dalam, mereka akan sedaya upaya mematikannya.

wer

Ramai pengurus meminta pemain mereka seperti Neymar, Cristiano Ronaldo, Messi, Bale, Mohamed Salah, Eden Hazard untuk lebih dilindungi pengadil. Dan kesemua mereka adalah winger ataupun penyerang kedua di zon sisi

Bergelut dengan fizikal

Di Jerman, Werner banyak bermain di bahagian sayap. Dan beliau langsung tiada masalah.

Ini kerana di Jerman pertahanan mereka tidak sekeras dan selasak EPL yang sangat agresif.

https://twitter.com/ChelseaFCBlogs_/status/1354841843972902913

Ini yang membuatkan Werner merasakan satu kejutan pada rutin permainannya. Dan lebih parah apabila keadaan ini dilihat mampu mengganggu fokus dan motivasinya.

Chelsea kelab yang melahirkan pemain sayap seperti Eden Hazard yang sangat kompetitif mengatasi permainan fizikal pasukan lawan.

Mungkin juga staf kejurulatihan Frank Lampard tidak ada kepakaran untuk membentuk pemain yang lasak dalam masa sekejap sahaja?

Ianya memang bukan tugas mudah. Ia akan memakan masa. Namun apabila anda adalah Timo Werner, masa itu tidak lama diberikan kepada kamu.

Solusi

Sebenarnya, isu Werner ini harus diselesaikan dengan pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang.

Pelan jangka pendek adalah seperti, mengarahkan Werner tidak lama menyimpan bola. Banyakkan permainan posisi. Lepaskan bola dan serang ruang.

Yang kedua adalah mejadikan Werner sebagai no.9 dalam formasi pasukan. Rujukan pemain yang tak fizikal seperti Aguero, Gabriel Jesus mahupun Pierre Emerick Aubameyang adalah contoh yang bagus.

Mereka adalah tipikal poacher moden sama seperti Werner. Dan mereka tidak banyak menyimpan bola apabila bermain sebagai no.9. Bijak mengelakkan pertarungan fizikal dengan kecerdasan dan kelicikan.

Orang kata, lebihkan ‘pakai otak’ berbanding fizikal.

Pelan jangka panjang pula adalah, meneruskan latihan membentuk Werner menjadi pemain yang lasak. Lihat perkembangan pada Raheem Sterling. Walaupun badan kecil namun ia boleh berdepan dengan tuntutan fizikal di EPL.

Tuchel sudah melakukan proses tersebut. Tuchel beberapa kali bermain dengan 3-4-1-2 untuk membolehkan Werner bermain di posisi serangan utama.

Di mana dalam sistem tersebut Werner akan berada di zon serangan halfspace sebelah kiri. Beliau boleh ke bahagian sayap ataupun menunggu dalam kotak penalti.

Konklusi

Rumusannya, Werner kini melalui musim di mana dia bergelut dengan adaptasi.

Ini bukannlah perkara baharu dalam bola sepak. Namun beliau harus tahu, beliau bermain untuk Chelsea. Jika gagal mencapai prestasi terbaik dengan segera, beliau berpotensi kehilangan tempat dan lebih teruk, dijual.

Kevin De Bruyne, Mohamed Salah, antara beberapa pemain yang tak sempat menunjukkna potensi sebenar mereka bersama Chelsea, dan akhirnya dilepaskan.

Namun di bawah Tuchel, Werner mungkin boleh merasa lega.

Bagi Tuchel pula, beliau pastinya tidak ada masa untuk terlalu bereksperimen dengan posisi no.9 kerana ada Tammy Abraham dan Giroud yang memberikan gol lebih baik daripada Werner.

Chelsea v Manchester City – Premier League – Stamford Bridge

Werner bukan penyerang yang teruk, namun buat masa ini beliau masih bukan penyerang yang mencapai standard diharapkan Chelsea.