Timo Werner sekali lagi akan menjadi rebutan dalam perpindahan yang akan datang. Beberapa pasukan termasuk Liverpool dan Barcelona antara kelab yang mulai dikaitkan dengan pemain tersebut.
Liverpool ingin menambahkan ‘ketebalan’ kualiti skuad mereka kerana selepas ini mereka akan kehilangan pemain penting yang balik untuk Piala Afrika – yang kembali dianjurkan pada pertengahan musim.
Barcelona pula masih mencari pengganti Luis Suarez untuk jangka masa panjang. Keutamaan Barcelona ialah Lautaro Martinez. Namun mereka meletakkan Werner sebagai alternatif untuk dibida.
Werner dilihat bakal meninggalkan RB Leipzig untuk mencari cabaran yang baharu.
Kami bentangkan 4 sebab kenapa Timo Werner adalah pemain yang berbaloi untuk dimiliki.
1. Versatiliti
Timo Werner merupakan pemain yang boleh bermain di mana-mana posisi di serangan dengan efektif.
Beliau pemain no.9 yang boleh bermain peranan ‘floating no.9’ sepertimana yang beliau mainkan di Jerman.
Pada masa yang sama, Werner boleh bermain di serangan sayap kanan dan kiri.
Oleh kerana kemampuan beliau menggelecek dan kepantasannya, Werner seringkali dimainkan di bahagian sayap kanan.
Jika pengurus mencari pemain yang serba serbi lengkap dan sangat baik dalam build up, maka nama Werner adalah pemain yang harus dalam pertimbangan.
2. Usia
Timo Werner baru berusia 24 tahun. Dan beliau sudah menjadi pemain utama pasukan kelab dan negaranya.
Pembangunan karier beliau masih jauh dan Werner pula memiliki rekod kecergasan yang sangat baik di dalam kariernya.
Oleh itu, masih banyak ruan untuk beliau membangunkan dirinya dan meningkatkan lagi segala aspek dalam permainannya.
3. Statistik
Timo Werner pemain penyerang yang sangat tajam di hadapan gol. Dan pada masa yang sama pemain yang boleh mencipta peluang gol untuk rakannya.
Musim ini sahaja, pemain kebangsaan Jerman ini sudah menjaringkan 21 gol dan 7 assist daripada hanya 24 aksi dalam Bundesliga.
Werner memiliki ratio kesempurnaan rembatan sebanyak 22.83% pada musim ini – menjadikan beliau antara penyerang paling prolifik pada musim 2019/20.
4. Harga
Di sebalik kesemua elemen di atas ini, Werner adalah pemain yang boleh dimiliki dengan £50 juta.
Berdasarkan valuasi semasa, pemain seperti Werner mungkin boleh menelan kos sehingga £100 juta dalam pasaran perpindahan yang mengalami inflasi pada hari ini.
Rumusan
Timo Werner merupakan pemain yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga hanya £50 juta.
Beliau sudah membayangkan akan meninggalkan RB Leipzig pada musim akan datang.
Namun ke manakah destinasi beliau selepas ini?
Baca juga perkembangan lain:
Coman Didenda RM237,000 Kerana Ke Pusat Latihan Pandu McLaren
Sarri Rindukan EPL: “Penyokong Sentiasa Penuh Dan Tak Rasis”
Benatia: “Guardiola ‘Tactician’ Hebat Namun Tak Bagus Dalam Pengurusan”