Mehdi Benatia memberikan pandangan beliau tentang Pep Guardiola. Beliau bermain untuk Guardiola selama dua musim ketika di Bayern Munich, dari 2014-2016.
Benatia mengakui Guardiola seorang pakar taktikal yang sangat bagus. Namun dari segi pengurusan pula, Guardiola tidak sebagus yang disangka.
Benatia berhadapan dengan krisis prestasi dan krisis kecergasan ketika di Bayern Munich walaupun beliau berjaya memenangi 2 Bundesliga.
Beliau tidak segan silu menyatakan bahawa Guardiola ada yang baik dan ada sisi yang buruk tentang jurulatih yang dianggap antara yang terbaik sepanjang zaman.
“Secara taktikal, beliau adalah pakar taktikal terbaik di dunia. Saya rasa tiada jurulatih lain yang lebih baik daripadanya”
“Namun saya tidak begitu suka dengan cara pergaulan beliau dengan para pemain. Dari sudut ini, Guardiola membuatkan saya gila.”
“Saya bermula dengan baik. Saya menjadi bek tengah paling tinggi gaji dalam sejarah BUndesliga. Dan saya bekas pemain pertahanan terbaik Serie A.”
“Malang sekali, kecederaan menyukarkan karier ssaya di sana dan saya mulai merindui Itali. Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di Jerman.”
“Selepas dua tahun yang rumit, saya cuba sedaya upaya untuk kembali semula ke Itali.”
Guardiola a top tactician but lacks man-management skills, Cristiano the greatest ever – Benatiahttps://t.co/zW1PyWjMhv
— AS USA (@English_AS) April 17, 2020
Benatia kembali semula ke Itali dengan menyertai Juventus – daripada pemain pinjaman – kepada pemain yang dibeli secara tetap.
Benatia gembira dapat kembali semula ke Itali. Namun selepas itu Benatia menyertai Al Duhail pada 2019.
Ditanya tentang pandangan beliau dengan berita yang mengaitkan Guardiola akan melatih Juventus.
Beliau percaya pada hari ini Juventus dibimbing jurulatih yang terbaik iaitu Maurizzio Sarri. Dan tidak perlu untuk menukar pengurus.
Baca juga perkembangan bola sepak yang lain:
Teerasil Dangda Bakal Terlepas Peluang Pecahkan Rekod Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki
FIFA: Mungkin Tiada Perlawanan Antarabangsa Sehingga Tahun 2021
Azraai Khor Abdullah Anggap Tunggakan Gaji Perkara Biasa, Tak Perlu Panik