Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda berkemungkinan besar terlepas peluang untuk memecahkan rekod Penjaring Terbanyak dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi tahun ini.
Thailand yang dikendalikan oleh Akira Nishino mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Teerasil ekoran kelab Jepun sukar untuk melepaskan pemain untuk beraksi dalam kejohanan yang tiada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Juara lima kali Piala AFF itu sebelumnya berdepan masalah sama ketika beraksi pada edisi 2018 lalu dimana mereka turun tanpa empat pemain bintang pasukan.
Thailand tidak dapat menggunakan khidmat Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe), Teerasil Dangda (Sanfrecce Hiroshima) dan Kawin Thamsatchanan (OH Leuven) kerana keempat-empat pemain ini tidak mendapat pelepasan daripada pihak kelab.
Carta Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki ketika ini diungguli oleh lagenda Singapura, Noh Alam Shah dengan catatan 17 gol diikuti oleh Teerasil Dangda, Worrawoot Srimaka dan Le Cong Vinh dengan 15 gol.
Memandangkan hanya Teerasil yang masih aktif bermain, beliau mempunyai peluang untuk mengatasi Noh Alam Shah. Namun, perkara tersebut dilihat samar untuk berlaku dalam saingan edisi kali ini.
Baca artikel lain mengenai pemain dan pasukan kebangsaan Thailand di sini:
Thailand Tidak Akan Tarik Diri Dari Saingan Piala AFF Suzuki
Piyapong: Suphanat Mueanta Lebih Bagus Dari Teerasil Dangda, Wajib Dalam Kesebelasan Utama Thailand