Bekas penyerang pasukan Pahang pada era 80-an, Piyapong Pue-On dalam satu temubual bersama sebuah media sukan di Thailand berpendapat bahawa kini adalah masa yang paling sesuai untuk penyerang muda Thailand, Suphanat Mueanta untuk terus memperagakan aksi terbaik beliau.

Dalam artikel yang disiarkan oleh Matichon itu, Piyapong juga menegaskan bahawa Suphanat Mueanta sebenarnya sudah mencapai satu tahap dimana pemain itu sudah mampu menggantikan penyerang veteran, Teerasil Dangda dalam perlawanan besar.

“Saya akan bagi dia (Suphanat Mueanta) tempat dalam kesebelasan utama dan bukan Teerasil Dangda. Pemain lain saya tidak pasti, tetapi sudah tiba masa untuk dia berada disitu.”

suphanat-mueanta-u23-thailand-vs-u23-bahrain-afc-u23-championship-2020-group-stage_8jbe7fnnf8xk1wx3q0flj61ci

Piyapong juga meyifatkan Suphanat Mueanta memiliki ‘otak’ yang banyak membantu beliau mempamerkan aksi diatas padang dan kakinya hanya sekadar ‘tools‘ untuk menyudahkan apa yang sudah ada dalam kepalanya.

“Macam Supachai Jaided, dia memiliki fizikal yang bagus tetapi dari segi ketajaman didepan gol tidak cukup power. Dia masih kurang keyakinan selain perlu mempertingkat kelajuan serta kualiti penyudah.”

“Bagi Suphanat, dia boleh beraksi di beberapa posisi dan bakal memecahkan semua rekod sebelum ini. Dia ada otak yang bijak, sentiasa mengeluarkan idea yang baru dan mampu menyesuaikan permainan dengan cepat.”

34 tahun yang lalu Piyapong pernah mewarnai kancah bola sepak Malaysia apabila turun beraksi untuk pasukan Pahang selama 3 musim, dan berjaya tampil dalam 61 perlawanan serta menjaringkan 70 gol.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

8 Buah Kelab Thai League Miliki ‘In-House Production’ Jersi, ‘Freedom’ Hasilkan Produk Mengikut Demografik