Skuad kebangsaan Thailand tidak akan menarik diri dan akan menghantar pasukan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki edisi tahun ini.

Perkara ini disuarakan oleh Presiden Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF), Khiev Sameth setelah beliau berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Thailand
Aksi Syamer ketika menentang Thailand. Sumber Gambar: PFAM

“Saya telah berbincang dengan FAT dan mereka telah mengesahkan akan menghantar pasukan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki tahun ini,” kata Khiev.

Sebelum ini, media Thailand melaporkan bahawa pasukan kebangsaan mereka mungkin tidak akan menyertai Piala AFF tahun ini kerana tidak dapat mengumpulkan pemain terbaik selain jadual yang bertindih dengan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Thailand
Sumber Gambar: Changsuek

Pemain seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan berkemungkinan besar tidak akan beraksi bersama pasukan kerana tidak mendapat pelepasan daripada pihak kelab.

Meskipun tidak dibarisi oleh empat pemain di atas, namun Thailand masih mempunyai ramai lagi pemain berkualiti terutamanya pemain muda.

Antara pemain muda yang menyinar bersama pasukan ialah Supachok Sarachat, Supachai Jaided dan Ekanit Panya.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Piyapong: Suphanat Mueanta Lebih Bagus Dari Teerasil Dangda, Wajib Dalam Kesebelasan Utama Thailand

FA Thailand ‘Sakit Kepala’ Fikir Jadual Skuad Kebangsaan, Mungkin Tidak Sertai Saingan AFF Suzuki Cup 2020

Tiada Pendapatan Akibat Penangguhan Saingan Liga, Gaji Semua Staf FA Thailand Dipotong 50%?