Berikutan pengumuman saingan Thai League yang dilanjutkan penangguhan sehingga bulan Mei 2020, tercetus satu cerita bahawa FA Thailand dikatakan bakal membuat pemotongan 50% gaji kerana kekurangan wang.

Menurut sebuah laman sosial ThaiLive, yang telah memuat naik satu cerita berkaitan perkara ini petang tadi telah membuatkan ramai netizen terkejut dan tidak mempercayainya.

Berdasarkan kemaskini yang dibuat, disebabkan ketiadaan siaran perlawanan Thai League, pihak FA Thailand tidak mempunyai revenue selain hasil dari hak penyiaran yang dibayar oleh TRUE Vision.

88174044_2459867524278374_3704388191625674752_o

Walau bagaimanapun, nasib ketua jurulatih kebangsaan mereka Akira Nishino dikatakan masih samar dan mungkin akan ada perbincangan khas mengenai gaji beliau samada bakal dipotong atau pun tidak.

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Thai League sendiri samada dakwaan presiden FA Thailand telah menandatangani arahan itu adalah benar ataupun sebaliknya.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Transfermarkt: JDT Adalah Kelab ASEAN Yang Memiliki ‘Market Value’ Paling Tinggi Sekitar RM33.46 Juta

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Scott Cooper: Filipina Bermain Lebih ‘Offensive’ Dan Sedia Berentap Dengan Sesiapa Dimana Sahaja