Penyerang kelab Hai Phong FC yang berasal dari Brazil dalam satu sesi temu bual yang dimuat naik di laman web ZingVN mendedahkan satu perkara yang mungkin memalukan ramai pihak yang terlibat dalam industri bola sepak Vietnam.

Diego Oliveira Silva yang merupakan penyerang kelab tersebut secara jelas mengkritik keadaan padang yang amat teruk dalam saingan V.League 1 dan telah mengundang perasaan kurang senang beberapa pihak selepas visual itu tersebar.

Menurut Diego lagi, beliau yang sebelum ini pernah beraksi bersama kelab di Thailand memuji kualiti padang yang dimiliki oleh kelab Thai League 1 dan Thai League 2, dimana mereka mempunyai kualiti padang yang sempurna.

Screenshot 2020-03-28 at 1.54.43 AM

“Saya pernah bermain dalam Thai League dan anda mesti menonton perlawanan yang disiarkan di televisyen. Jika dilihat kualiti padang mereka, V.League ini tiada beza dengan perlawanan amatur jika dibandingkan.”

“Di Thailand, mereka mempunyai kualiti padang yang bagus walaupun kelab yang beraksi dalam liga divisyen 2. Keadaan padang adalah sangat penting kepada kualiti permainan dan Thailand sentiasa menitikberatkan perkara ini.”

“Kita tidak boleh kata apa-apa mengenai padang di Thailand. Ia sempurna.”

Beliau juga turut memberikan pendapat mengenai masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak berkenaan jika mahu melihat bola sepak Vietnam lebih maju dimasa depan.

Ngoai-binh-che-V-League-la-giai-nghiep-du-neu-so-sanh-voi-Thai-League-1-768×512

“Saya rasa masalah bola sepak di Vietnam ini adalah padang (yang teruk). Banyak stadium yang sangat buruk (padang) dan ada juga yang bagus seperti Hanoi dan Ho Chi Minh. Tetapi terlalu sikit.

“Mereka perlu sediakan padang yang baik. Ini adalah kerana jika padang berada dalam keadaan yang baik, pemain akan dapat beraksi dengan lebih bagus. Dan bola sepak Vietnam akan lebih bertambah baik.

“Keadaan padang di Hai Phong tidaklah bagus tetapi lebih baik berbanding ketika saya tiba disini. Saya harap ia akan ditambah baik dimasa depan.

Diego Silva berhijrah ke Vietnam selepas keluar dari Nakhon Pathom United dengan rekod 72 gol dalam 3 musim di Thailand, selain menggondol anugerah pemain terbaik kelab musim 2018/2019.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Scott Cooper: Filipina Bermain Lebih ‘Offensive’ Dan Sedia Berentap Dengan Sesiapa Dimana Sahaja

Sumber