Prestasi skuad kebangsaan Filipina yang lebih memberangsangkan ketika ini dilihat mungkin berpunca dari falsafah bola sepak baru serta budaya dalam pasukan yang diterapkan oleh ketua jurulatih mereka, Scott Cooper.
Kalah tipis dalam perlawanan berdepan Syria sebelum ini jelas menunjukkan bahawa mereka mampu berlawan dengan diantara yang terbaik di benua ini.
“Pasukan ini kini beraksi dengan lebih ‘offensive’ dari sebelum ini dan nampaknya mereka boleh berdepan dengan sesiapa dimana sahaja.”
“Masa depan pasukan ini amat cerah. Kami memang optimis dan pelan perancangan sudah disediakan untuk meneruskan pembangunan.”
Pengurus skuad The Azkals, Dan Palami dalam satu kenyataan yang dipetik dari Inquirer.net menyatakan bahawa kini secara tiba-tiba muncul satu keyakinan dalam diri para pemain dan staf pasukan, bahawa beraksi cemerlang bertemu pasukan di ranking lebih tinggi bukan lagi satu perkara ‘rare’.
“Kami lebih yakin sekarang yang kami boleh muncul sebagai salah sebuah pasukan terbaik di Asia. Ada perubahan paradigma terhadap budaya dalam pasukan pastinya.”
Stephan Schrock Akui Suntikan ‘Winning DNA’ Amat Dirasakan
Kapten The Azkals, Stephan Schrock menyatakan dengan jelas bahawa skuad The Azkals telah mengalami satu proses ubahsuai sepenuhnya.
“Kami tidak sahaja memiliki satu sistem yang sesuai untuk semua pemain, malahan kami mampu menyesuaikan permainan mengikut pasukan yang kami hadapi.
“Semua pemain diberikan peluang yang sama rata untuk mempamerkan apa yang mereka mampu sumbangkan kepada pasukan. Tetapi apa yang lebih penting dimata saya adalah ‘winner DNA’.
Neil Etheridge juga turut mengakui bahawa beliau teruja menjadi sebahagian dari pasukan yang kini memiliki halatuju yang betul.
“Kami memang sudah semakin bagus dan lebih kuat berbanding sebelum ini tetapi seperti yang saya katakan masih banyak yang perlu kita tambah untuk menjadi lebih bagus dan kuasa besar di Asia.”
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000
Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun