Kingsley Coman didenda €50,000 dan sesi autograf wajib sebagai hukuman kepada beliau kerana memandu kereta yang salah ke pusat latihan.
Bild pada hari Jumaat menyatakan bahawa kelab sangat kecewa dengan Coman yang hadir ke sesi latihan dengan menggunakan McLaren.
Pemain berusia 23 tahun itu telah melanggar kontrak yang menyatakan bahawa para pemain Bayern hanya dibenarkan memandu kereta Audi atau jenama lain dalam kumpulan Volkswagen (Porsche, Lamborghini, Bugatti, Ducati, Bentley, Škoda,) – yang merupakan rakan penaja kelab.
Kegagalan untuk mematuhi peraturan tersebut membuatkan pemain didenda €50,000 ataupun sekitar RM237,000.00.
Coman meminta maaf atas kesilapan itu dan menegaskan bahawa beliau ketika itu tidak dapat memandu Audi kerana cermin sisi kereta beliau itu rosak.
“Saya ingin meminta maaf kepada kelab dan Audi kerana tidak memandu kereta syarikat saya untuk ke sesi latihan … itu adalah kesalahan, saya faham,” katanya kepada Bild.
Kingsley Coman will be fined for coming to training in a McLaren instead of his Audi car.
Coman to BILD: “I’d like to apologize to the club and Audi for not having come to training in my company car. The reason was a damaged wing mirror on my Audi. It still was a mistake.” pic.twitter.com/T4AqkZgN0O
— FC Bayern World Fan (@FCBayern_World) April 17, 2020
Coman juga menambah bahawa untuk menebusnya, beliau akan mengunjungi pekerja di kilang Audi di Ingolstadt berdekatan untuk sesi autograf sebaik sahaja sekatan koronavirus tamat.
Audi memiliki 8.33% saham Bayern dan baru-baru ini menandatangani perjanjian tajaan baru dengan kelab sehingga 2029 – yang dilaporkan bernilai sekitar €800 juta.
Bola sepak Jerman kini masih ditangguhkan kerana adanya koronavirus, tetapi Bayern dan kelab Bundesliga lain sudah kembali menjalani latihan dalam kumpulan kecil.
Ini adalah kali pertama mereka berlatih di bawah peraturan penjarakan sosial yang ketat awal bulan ini.
Bebalik kepada kes Kingsley Coman, itulah bahana bola sepak moden, di mana para pemain kena minta maaf hanya kerana memandu McLaren miliknya ke pusat latihan.
Baca juga perkembangan berita yang lain dari Eropah:
Sarri Rindukan EPL: “Penyokong Sentiasa Penuh Dan Tak Rasis”
Benatia: “Guardiola ‘Tactician’ Hebat Namun Tak Bagus Dalam Pengurusan”
Ejen Dedahkan Sane Mahu Tinggalkan Man City Untuk Bayern Kerana UCL