Liverpool berkunjung ke San Siro sekali lagi untuk perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah menentang Inter Milan.
Inter Milan tampil memberikan tentang sengit kepada juara eropah enam kali itu. Di mana mereka bertahan dengan baik dan beberapa kali mendedahkan Liverpool kepada bahaya menerusi serangan pantas di bahagian sayap.
Pada minit ke-13, Sadio Mane mendapat peluang keemasan apabila menanduk sepakan percuma Andy Robertson, dalam keadaan dia tak dikawal. Malang sekali tandukan Mane agak tinggi.
3 minit selepas itu, Hakan Calhanoglu hampir meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-16. Tetapi percubaannya menggegar palang gol.
Lautaro Martinez gagal menyempurnakan hantaran silang kepadanya.
Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Bersambung babak kedua, Klopp membuat beberapa pertukaran. Dan pemain gantian, Roberto Firmino akhirnya meletakkan Liverpool di hadapan menerusi tandukan kilasnya pada minit ke-74.
Dalam catatan Firmino, 12 gol terakhir beliau dalam UCL untuk Liverpool adalah terhasil pada pusingan kalah mati.
🇧🇷 Eight of Roberto Firmino's last 12 Champions League goals have come in the knockout rounds ⚽️#UCL pic.twitter.com/LKBErxyR5Q
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 16, 2022
Gol tersebut memberikan motivasi tambahan untuk Liverpool. Dan Mohamed Salah menambah satu lagi gol minit ke-82. Kali ini Salah menyambut tandukan Virgil Van Dijk dan merembat masuk bola tersebut.
Salah kini sudah menjaringkan gol dalam 8 perlawanan UCL berturut turut untuk Liverpool.
Mo Salah's last eight away Champions League games:
⁰⚽🅰️
⚽⁰⚽
⚽⁰⚽⚽
⚽⚽⁰⚽
⚽ pic.twitter.com/sqPaTWclGF— B/R Football (@brfootball) February 16, 2022
Tiada tambahan gol dicatatkan selepas itu. Liverpool berjaya membawa agregat 2 gol ke Anfield. Selain daripada prestasi pemain gantian, Liverpool juga menunjukkan prestasi cemerlang ketika bertahan terutama sekali Virgil Van Dijk.