Kelab baharu Luqman Hakim, KV Kortrijk memulakan saingan Jupiler Pro League Belgium dengan kekalahan apabila tewas kepada Waasland-Beveren dengan keputusan 3-1.
Pada perlawanan yang berlangsung di laman Kortrijk iaitu Guldensporen Stadion semalam, Kortrijk menguasai perlawanan namun mereka gagal untuk menyempurnakan peluang yang dimiliki.
Waasland membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi Daan Heymans. Pada separuh masa kedua, Kortrijk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ilombe Mboyo. Aboubakary menjaringkan gol kedua Waasland pada minit ke-68 sebelum Heymans menjaringkan gol ketiga pada minit-minit akhir perlawanan bagi memberikan kemenangan kepada Waasland.
FT | Niet de competitiestart die we wilden… 😔
1-3 | #KVKWBE #COYR pic.twitter.com/k7f1IKQWrq
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 9, 2020
Kekalahan ini menyebabkan Kortrijk menduduki tangga terakhir sekaligus menduduki zon penyingkiran. Pada perlawanan seterusnya, skuad bimbingan Yves Vanderhaeghe ini akan menghadapi K.A.A. Gent yang turut mengalami kekalahan dimana mereka tewas kepada Sint-Truidense.
Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:
RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka
Video Pengenalan Luqman Oleh KV Kortrijk Cetus Rasa Bangga Peminat Tempatan
“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”