Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasmi sah menjadi milik kelab dari Belgium, KV Kortrijk selepas beliau menandatangani kontrak profesional selama 5 tahun sebentar tadi.
Majlis menandatangani kontrak itu diadakan di Berjaya Times Square dan turut dihadiri oleh pemilik kelab KV Kortrijk iaitu Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan serta duta besar Belgium di Malaysia iaitu Pascal Grégoire sebagai tetamu kehormat.
Ini adalah sejarah baharu dalam bola sepak tempatan kerana Luqman merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pertama mendapat tempat beraksi di eropah.
Malah, video rasmi KV Kortrijk mengenai pengenalan Luqman sebagai pemain baharu kelab itu turut mencuri tumpuan dan membangkitkan rasa bangga dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
🔺WELCOME LUQMAN 🔺
🇲🇾 Hakim joins KV Kortrijk and signs a 5-year contract!
🔴⚪️ #WelcomeHakim pic.twitter.com/XxubbYKYXD
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 6, 2020
“Bukan selalu ada kelab eropah yang buat video untuk anak muda kita. Semoga berjaya Luqman,” komen seorang peminat bernama Muzakkir Zuki.
Lebih menarik, Luqman turut tampil dalam video tersebut dan berucap dalam bahasa Belanda serta loghat kelantan. Namun, terdapat juga cadangan dan kritikan daripada peminat mengenai kualiti video tersebut.
Thank you @kvkofficieel for a warm welcome to our rising star. But just wondering why the match footages used were with the one with Thai commentator (if i’m not mistaken)? Would have been wonderful if it’s a Malaysian commentator 😊
Anyway, looking fwd to see Hakim in your kit! https://t.co/gNYnbw87FI
— Nadzry (@NadzryAbuBakar) August 6, 2020
https://twitter.com/munzirhakeem/status/1291298973471268864
https://twitter.com/ThisIsWawan/status/1291269300422971392
A proud moment for Malaysians!! Luqman Hakim, from Kota Baharu to KV Kortrijk! Hope @FASelangorMy & FAM could groom more young talents! All the best Hakim, be a role model to our Youths! https://t.co/QmFNi65otj
— Thiban Subbramaniam 🇲🇾 (தீபன் சுப்ரமணியம்) (@Thiban_ben) August 6, 2020
Selain itu, bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk Rajagobal turut melahirkan rasa bangga dan berharap dapat menonton aksi Luqman bersama kelab itu dalam masa terdekat.
“Ini berita baik untuk bakat dari Malaysia. Saya ucap selamat maju jaya dan berharap dalam melihat aksinya nanti. Buat kami bangga, Luqman,”tulis Rajagobal melalui laman twitternya.
Great news for our 🇲🇾 talent. Wishing him the best & hoping to see him in action soon. Good luck 💪🏼⚽❤️. Make us proud Luqman. https://t.co/6pZnAWuvgr
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) August 6, 2020
Kontrak Luqman bersama kelab itu dianggarkan bernilai 7 angka (berkemungkinan sekitar RM3 juta) dimana beliau juga turut akan menerima kemudahan tempat tinggal serta pengangkutan ketika berada disana nanti.
Selain itu, nilai tersebut juga tidak termasuk bonus prestasi yang akan diterima oleh Luqman Hakim sekiranya beliau berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang bersama pasukan KV Kortrijk.
Dari sudut dokumentasi pula, Luqman Hakim sudah pun menerima visa dan beliau akan terbang ke Belgium pada bila-bila masa sahaja untuk menyertai skuad KV Kortrijk seterusnya memulakan karier bola sepak profesional di eropah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Kelab Singapura Ini Gunakan Laman “Job Seekers” Atas Talian Bagi Mencari Pemain
Sesi Latihan Indonesia Ditunda Dua Kali Kerana Tunggu Keputusan ‘Swab Test’ Yang Terlalu Lama
Tonton Video ‘Masterplan’ Hebat Pusat Latihan Bola Sepak Korea Selatan Yang Akan Dibina