Kelab dari Singapura, Lion City Sailors FC menggunakan platform cari pekerjaan atas talian bagi mencari pemain baharu.

Lion City mengiklankan kekosongan pekerjaan sebagai pemain kelab itu di laman My Future Career dimana mereka mencari pemain yang mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun.

Singapura
Sumber Gambar: Facebook

Pihak kelab menawarkan gaji antara $7 ribu hingga $12 ribu atau RM21 Ribu hingga RM36 Ribu sebulan kepada mana-mana pemain yang terpilih dan kemudiannya menandatangani kontrak bersama pasukan.

Lion City Sailors sebelum ini dikenali sebagai Home United dan beraksi dalam saingan Liga Premier Singapura (SPL). Namun, setelah dibeli oleh syarikat teknologi, pemilik baharu memutuskan untuk menukar nama kelab.

Bekas pemain Melaka United, Shahdan Sulaiman dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim II, Shahril Ishak beraksi bersama Lion City Sailors FC musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Singapura di sini:

Baihakki Khaizan Beraksi Bersama Tampines Rovers Secara Percuma

PT Prachuap Tamatkan Kontrak Pemain Pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan

Kelab Singapura Ini Jual Beras Secara Online Melalui Lazada Dan Shopee, Saluran Pendapatan Untuk Operasi