Minggu lepas, pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong telah memanggil 29 pemain untuk menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

28 pemain telah pun melapor diri kecuali hanya seorang pemain iaitu Ilija Spasojevic kerana mempunyai masalah dengan keluarganya.

Bagaimanapun, sesi latihan skuad Garuda sehingga kini masih belum bermula kerana keputusan ‘swab test’ (Ujian saringan COVID-19) yang dilakukan pada 30 Julai lepas masih belum diketahui setakat ini.

Justeru itu, ia menimbulkan pelbagai soalan dalam kalangan peminat bola sepak Indonesia mengapa keputusan tersebut mengambil masa yang terlalu lama sehingga menyebabkan sesi latihan pasukan ditunda sebanyak dua kali.

Ketika ditanya oleh media Korea Selatan, Shin Tae-yong mengakui tidak tahu bilakah beliau boleh memulakan latihan kerana masa semakin suntuk memandangkan kem latihan pusat ini akan berakhir pada hari Sabtu ini (8 Ogos 2020).

Manajer pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong. (Dok. PSSI).
Manajer pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong. (Dok. PSSI).

Namun, belum ada kenyataan rasmi daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sama ada kem latihan tersebut akan dilanjutkan atau dibatalkan.

“Saya ingin memulakan latihan dengan cepat tetapi saya sendiri tak tahu bila ia akan dilakukan.

“Cuba tanya PSSI untuk lebih jelas,” kata Shin Tae-yong dipetik dalam Yonhap. 

Bagaimanapun, apa yang disampaikan oleh Shin Tae-yong kepada Yonhap itu jelas bertentangan dengan kenyataan Ketum PSSI (Ketua Umum), Mochamad Iriawan mengenai keputusan ‘swab test’.

“Ketua jurulatih, Shin Tae-yong ingin melihat dahulu keputusan ‘swab test’ keseluruhan barulah sesi latihan akan bermula.

“Walaupun, latihan di padang belum dilakukan, tetapi Shin Tae-yong juga memberikan program latihan kepada pemain sepanjang berada di hotel penginapan pasukan,” kata Mochamad Iriawan.

EeYyO-qUwAAnzcV
Pemain Indonesia sekadar menjalani latihan di kawasan Hotel. FOTO: PSSI

Setiausaha Kementeria Belia dan Sukan Indonesia (Menpora), Gatot S Dewa Broto turut hairan apabila melihat sesi latihan skuad Indonesia sehingga kini masih belum bermula.

“Saya hormati tindakan PSSI melakukan swab test itu kerana untuk memastikan pemain tidak dijangkiti COVID-19.

“Tetapi keputusan swab itu tidak sepatutnya terlalu lama. Paling lambat esok pagi sudah selesai tetapi tidak perlulah sampai menunggu berhari-hari dan berminggu-minggu,” tegas Gatot.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Mario Gomez Tinggalkan Arema FC, Kemungkinan Kembali Semula Ke Liga Malaysia

Tahukah Anda Pemegang Hak Penyiaran Thai League Bayar RM433,953 Setiap Perlawanan Dalam Thai League 1?

Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan