Saingan Thai League tidak dinafikan sebagai salah sebuah liga yang terbaik dirantau Asia Tenggara dari pelbagai segi yang membolehkan mereka mampu memberikan fokus yang lebih kepada perkara didalam padang.
Baru-baru ini liga mereka berada dalam keadaan yang terumbang-ambing apabila pemegang hak penyiaran Thai League iaitu TRUE Vision memutuskan untuk hanya menyiarkan perlawanan sehingga 25 Oktober sahaja, walaupun saingan bola sepak di Thailand akan bermula dari September 2020 hingga Mei 2021.
Apa yang menariknya, dari kemelut itu kita dapat mengetahui satu perkara yang mungkin ramai peminat ingin tahu iaitu bayaran yang dibuat oleh pemegang hak penyiaran atas sesebuah perlawanan Thai League.
Memetik satu artikel yang diterbitkan semalam oleh SMM Sports, setiap perlawanan Thai League 1, pihak TRUE Vision akan membayar sebanyak THB3,200,000 juta atau RM433,953. Wow!
Manakala bagi setiap perlawanan dalam saingan Thai League 2 pula, pihak TRUE Vision akan membayar sebanyak THB490,000 atau RM66,394 sahaja.
Dari beberapa artikel lain, dapat diperhatikan bahawa bayaran ini sebenarnya bukan 100% disaluran kepada pasukan-pasukan yang bertanding kerana sebahagian dari wang yang diterima itu akan digunakan untuk beberapa perkara lain yang melibatkan bola sepak di Thailand khususnya.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Bapa Wan Kuzain Luah Hasrat Mahu Beli Pasukan Kelantan, Ini Sebab Mengapa Beliau Berminat.