Pengeluar jersi terkenal tempatan KakiJersi sekali lagi tampil dengan sesuatu yang istimewa apabila melancarkan jersi rekaan khas bagi menghargai sumbangan jurugambar-jurugambar diperingkat liga sosial khususnya.

Jersi rekaan khas yang padu itu diperkenalkan kepada umum melalui satu program “Socia Football Photograph x KJ” hari ini dan ini jelas menunjukkan bahawa jenama Kaki Jersiakan terus memberikan sokongan penuh terhadap jurugambar sukan yang banyak berjasa kepada komuniti sukan di Malaysia.

Rekaan asal jersi ini adalah dari Jurnal Mil dan Kaki Jersi selaku pengeluar utama kelengkapan bagi pasukan liga sosial tampil untuk mengukuhkan lagi hubungan diantara semua pihak yang terlibat selain memberikan peluang untuk jenama-jenama ini bersama-sama naik dalam industri.

Eed2VBCUMAIR37G

VOCKETFC berjaya menghubungi pihak Kaki Jersi bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini dan dimaklumkan bahawa sebab utama ‘partnership’ ini adalah kerana bagi menghargai kerja-kerja jurugambar ini.

“Reason kami buat kerjasama ni sebenarnya sebab kami appreciate kerja-kerja jurugambar ini. Mereka inilah yang buatkan pasukan-pasukan dalam liga sosial dapat post gambar yang lawa-lawa di laman sosial masing-masing.”

”Dan apa yang mereka buat ini sebenarnya bukan senang.”, jelas Akmar, pengasas jenama Kaki Jersi.

Eed2VBIU4AEk8VY

Akmar juga menjelaskan bahawa sumbangan atau contribution jurugambar-jurugambar ini terutamnya dalam bola sepak sosial ini amat besar sebenarnya jika diperhatikan dengan lebih dekat.

”Projek ini tercetus apabila mereka menghubungi Kaki Jersi untuk membuat tempahan jersi dan dari situ kami tawarkan kerjasama ini bagi memeriahkan serta menaikkan status lagi industri ini di Malaysia.”, tambah Akmar sebelum mengakhiri perbualan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Suphanat Mueanta Genap 18 Tahun, Rekodkan 12 Jaringan Dalam 50 Penampilan, Penjaring Termuda AFC Champions League

Kelab Singapura Ini Jual Beras Secara Online Melalui Lazada Dan Shopee, Saluran Pendapatan Untuk Operasi

Malaysia LNG Pernah Muncul Selaku Penaja FC Tokyo, Tidak Ramai Peminat Bola Malaysia Tahu