Kaki Jersi, sebuah jenama yang sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak di Malaysia terutamanya liga bola sepak sosial, hari ini sah menandatangani kontrak penajaan jersi untuk sebuah pasukan divisyen 1 Kemboja, Soltilo Angkor FC.

Kelab Soltilo Angkor FC adalah merupakan pemilikan bersama oleh bekas pemain kebangsaan Jepun iaitu Honda Keisuke bersetuju untuk menggunakan jenama Kaki Jersi bagi semua kelengkapan untuk pasukan mereka bagi menghadapi musim baru 2020 ini.

Majlis rasmi menandatangani kerjasama diantara kedua-dua pihak berlangsung di Somadevi Angkor Resort & Spa, Siem Reap dihadiri oleh Encik Akmar Ahmad selaku pengasas jenama Kaki Jersi dan juga Setiausaha Agung Soltilo Angkor FC, Encik Ieng Saknida selain mendapat liputan dari media cetak serta beberapa stesen TV di Kemboja.

66168242_752667505169461_8788352202650419200_n

Dengan termeterainya perjanjian tersebut juga akan menyaksikan semua pasukan dibawah Soltilo Angkor FC termasuk pasukan remaja mereka yang beraksi dalam saingan U18 National League menggunakan jersi keluaran Kaki Jersi seterusnya membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk jenama anak tempatan dari Malaysia itu untuk terus berkembang terutamanya diluar negara.

Dengan kepakaran yang diterima oleh Soltilo Angkor FC dari Jepun melalui pemilikan bersama oleh Honda Keisuke itu dilihat mampu memberikan banyak impak positif serta membuktikan bahawa kualiti jenama Malaysia juga mampu bersaing dengan jenama lain yang lebih besar terutamanya dari Thailand.

Dari pemerhatian yang dilihat, pihak pengurusan kelab Soltilo Angkor jelas berpuas hati dengan keputusan yang dibuat untuk berpadu tenaga dengan Kaki Jersi bagi melancarkan urusan pasukan menjelang saingan liga yang akan bermula pada pertengahan bulan Febuari 2020.

photo_2020-01-04_09-47-40

Sebagai rekod, pasukan Soltilo Angkor FC dalam musim 2019 berjaya menamatkan kedudukan di tempat ke-8 saingan C-League dengan kutipan 35 mata dari 26 perlawanan secara keseluruhan.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari Soltilo Angkor FC, purata kehadiran penonton ke stadium bagi musim 2019 adalah sekitar 1,500 orang dan ia adalah satu angka yang agak baik untuk sebuah kelab seperti ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Walaupun Dibelasah 14 Gol Oleh Iran, Lelaki Kemboja Ini Terus Gagah Berdiri Memberikan Sokongan Bersendirian