Ketika pasukan Kelantan yang kini berada dalam situasi tanpa hala tuju yang jelas disebabkan masalah hutang yang begitu banyak, bapa kepada Wan Kuzain meluahkan hasratnya untuk membeli pasukan Kelantan melalui satu tweet balas di laman sosial itu semalam.
Perkara itu yang pada asalnya berkisar kepada topik untuk negeri Kelantan menggabungkan 2 pasukan utama dalam negeri itu iaitu Kelantan FA dan juga Kelantan United menjadi satu pasukan bagi menjimatkan sumber serta membolehkan pembangunan akademi serta fasiliti diselaraskan.
Wan Kamal membalas tweet tersebut dan menyatakan keinginannya untuk membeli pasukan Kelantan FA, tetapi semua hutang tertunggak perlu diselesaikan.
“I would like (to) buy the team but they must clear the outstanding debt first!”
https://twitter.com/wankamal/status/1290307882924171266?s=20
VOCKETFC telah menghubungi Wan Kamal sendiri untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu terutamanya sebab mengapa beliau meluahkan keinginan tersebut.
“Saya rasa tuhan telah mengerakkan hati saya untuk membeli pasukan Kelantan dan menyelamatkan pasukan Kelantan.”
Thank you but first, the KAFA must settle the outstanding debt. Saya tak berminat untuk jadi jutawan, to be jutawan is not my main goal but I would like to change the culture of management thinking and preparing future kids for future football development ⚽️
— Wan Kamal, PhD (@wankamal) August 3, 2020
Berdasarkan satu lagi respon oleh Wan Kamal, dapat dilihat bahawa beliau sebenarnya lebih memberikan fokus kepada memperbetulkan budaya pemikiran pihak pengurusan yang mungkin tidak efektif dan mampu memacu pasukan ketika ini.
“Saya tidak berminat untuk jadi jutawan, untuk menjadi jutawan bukan matlamat utama, tetapi saya mahu menukar budaya pemikiran pengurusan serta menyediakan pemain muda untuk masa depan pembangunan bola sepak.”
We will hire the best people for the job and when the time comes I will sit down with my man Safirul to discuss with more details.
— Wan Kamal, PhD (@wankamal) August 3, 2020
Kami telah mendapat maklumat mengenai perkara ini beberapa minggu yang lalu tetapi menganggap perkara itu sebagai satu ura-ura sahaja sehinggalah Wan Kamal sendiri mendedahkan perkara tersebut semalam.
Syarat utama adalah pasukan Kelantan FA perlu bersih hutang dan ini mungkin akan menjadi masalah terbesar pengurusan semasa melangsaikannya, jika betul memikul tanggungjawab.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Kelantan Dipotong 3 Mata, Berdepan Risiko Tidak Diberikan Lesen Kelab Musim 2021