Adik beradik iaitu Wan Kuzain dan Wan Kuzri bersedia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dan perkara ini dinyatakam oleh bapanya.

Baca Juga:

Dalam satu komen di laman media sosial Facebook baru-baru ini, Wan Kamal berkata kedua-dua anaknya kekal beraksi di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai masalah untuk menyumbang kepada pasukan negara.

Wan Kuzain Wan Kuzri
Sumber Gambar: Wan Kamal

“Semua kena faham seperti sukan lain, bola sepak profesional adalah karier yang perlukan aksi kompetitif. Saya percaya Wan Kuzain dan Wan Kuzri akan kekal bersaing dalam kelab di Amerika Syarikat.

“Namun, jika mereka juga tidak mempunyai masalah jika mendapatkan ruang serta peluang untuk mewakili skuad Harimau malaya pada masa akan datang. Sudah tentu mereka gembira untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan kebangsaan,” katanya.

Akan tetapi, kenyataan Wan Kamal ini tidak disenangi oleh segelintir peminat dimana ada yang mengatakan kedua anaknya hanya mahu beraksi bersama Malaysia selepas pasukan negara layak ke temasya Piala Asia 2023.

Peminat mahu ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat penilaian yang teliti sekiranya mahu memanggil dua adik beradik itu untuk memastikan beliau bersikap adil kepada pemain lain yang telah bertungkus-lumus bersama skuad kebangsaan.

Wan Kuzain Wan Kuzri
Sumber Gambar: FAM

Kedua-dua pemain pernah menyertai sesi latihan bersama skuad B-22 tahun negara namun setakat ini masih belum membuat penampilan dalam mana-mana kejohanan kompetitif.

Ketika ini Wan Kuzain mewakili kelab St. Louis City SC manakal Wan Kuzri pula beraksi dengan Saint Charles SC dalam Liga USL 2.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pan-gon masih segar dengan kejayaan meraih kemenangan bergaya 10-0 ke atas Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa, Selasa lepas.