Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin mencipta sejarah dalam saingan J. League apabila beliau dilantik sebagai ketua pasukan Consadole Sapporo.
Pada perlawanan menentang Vissel Kobe Ahad lalu, ketua pasukan Consadole Hiroki Miyazawa dikeluarkan pada minit ke-73. Ketua jurulatih Consadole, Mihailo Petrović kemudiannya mengarahkan captain armband diberikan kepada Chanathip sekaligus pemain itu memimpin pasukan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Consadole tewas dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2 meskipun mendahului sebanyak dua kali. Takuma Arano menjaringkan dua gol bagi Consadole manakala Hotaru Yamaguchi dan Douglas menjaringkan gol bagi Vissel Kobe.
Sebelum ini, rakan senegara Chanathip di Thailand, Teerasil Dangda turut mencipta sejarah dalam saingan J. League apabila menjadi pemain Thailand pertama yang menjaringkan gol bersama dua kelab berbeza. Teerasil menjaringkan gol bersama Sanfrecce Hiroshima dan Shimizu S-Pulse.
Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:
Ejen Baharu Hantar Profil Chanathip Songkrasin Ke Kelab Bundesliga
Chanathip Percaya Akira Nishino Mampu Bawa Thailand Rampas Takhta “Raja” Asia Tenggara
Chanathip Sasar Beraksi Di Eropah, Mahu Buka “Jalan” Untuk Pemain Muda Thailand