Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin percaya ketua jurulatih pasukan, Akira Nishino mampu membawa skuad Gajah Perang merampas takhta raja Asia Tenggara dari pasukan Vietnam.

Dalam satu temu bual bersama media Jepun, Chanathip memuji Nishino dan menegaskan setakat ini, bekas pengendali skuad The Samurai Blue itu menjalankan tugas dengan baik.

Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

“Akira telah mengecapi banyak kejayaan, baik di peringkat kelab mahupun bersama pasukan kebangsaan.

“Beliau adalah pemimpin yang baik, berpengetahuan luas dan mempunyai perwatakan gembira khususnya ketika sesi latihan.

“Semua pemain cuba menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan oleh beliau. Kami juga perlu meningkatkan kualiti kerana jika semua memahami apa yang dimahukan oleh Nishino, maka Thailand akan meraih kejayaan,” kata Chanathip.

Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

Dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Thailand ketika ini menghuni tangga ketiga dalam kumpulan G dengan perolehan 8 mata, satu mata di belakang Malaysia yang menduduki tangga kedua.

Pemenang lima kali Piala AFF itu akan menghadapi Indonesia pada 8 Oktober, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 November dan Malaysia pada 17 November.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin yang telah kami sediakan di sini:

Chanathip Sasar Beraksi Di Eropah, Mahu Buka “Jalan” Untuk Pemain Muda Thailand

Media Thailand Senaraikan 5 Pengganti Chanathip Songkrasin Bagi Hadapi Piala AFF Suzuki 2020

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam J.League Team Of The Week, Kukuhkan Reputasi ASEAN Di Jepun