Penyerang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Cong Phuong baru sahaja disahkan kembali akan beraksi dalam saingan V.League musim 2020 bersama pasukan Ho Chi Minh City FC.

Kegagalan penyerang itu untuk merebut tempat dalam skuad utama pasukan Sint-Truiden VV adalah sebab utama mengapa banyak individu dan juga pasukan dari Vietnam mahu membawa pulang pemain itu kembali ke Vietnam.

Menurut pemangku jurulatih Sint-Truident VV, Nicky Hayen mendedahkan punca kegagalan Nguyen Cong Phuong itu adalah kerana pemain itu tidak begitu aktif dalam membantu barisan pertahanan pasukan.

congphuongvsclubbrugge1-157733-4032-6359-1577344173_680x408

“Jupiler Pro League selalu dipandang rendah oleh ramai orang. Bermain bola sepak disini memerlukan seseorang pemain itu cukup aktif diatas padang, walaupun ketika hilang penguasaan bola.”

“Ini bermakna, penyerang juga perlu mengambil bahagian dalam tugasan sebagai pemain pertahanan. Tetapi Cong Phuong tidak biasa dengan perkara ini. Beliau hanya berfikir mengenai serangan dan tidak mengambil peduli mengenai pertahanan. Sekarang tahun 2019 dan perkara itu tidak sesuai dengan bola sepak di Belgium.”

“Dia tidak sesuai dengan formasi 5-4-1 yang saya gunakan. Saya tidak mengatakan dia tidak akan dapat menyesuaikan diri tetapi tidak untuk masa sekarang.”

phượng

Dalam pada itu, David Meekers yang merupakan presiden Sint-Truiden VV meluahkan rasa kecewa beliau terhadap penyerang itu.

“Ini adalah sesuatu yang mengecewakan untuk Cong Phuong. Di negara beliau, dia adalah seperti Eden Hazard untuk kami di Belgium.”

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Cong Phuong Sah Bergandingan Dengan Bekas Penyerang Liverpool Di Ho Chi Minh City FC

Consadole Sapporo Mula Cari Penterjemah Bahasa Vietnam, Ada Pemain Vietnam Akan Sertai Chanathip Songkrasin?

SC Heerenveen Tidak Benarkan Doan Van Hau Beraksi Untuk Vietnam Dalam AFC U23 Championship 2020