Kelab Hokkaido Consadole Sapporo kini dikatakan sedang mencari seorang penterjemah khas bahasa Vietnam-Jepun untuk mengisi jawatan itu mulai Febuari 2020.
Satu imej yang diambil dari email seperti dibawah menyatakan bahawa sebuah kelab bola sepak profesional di Hokkaido sedang mencari calon untuk jawatan sebagai penterjemah itu, tanpa memberitahu nama kelab.
Apa yang lebih menarik adalah di prefektur Hokkaido, hanya terdapat 1 kelab bola sepak profesional iaitu Hokkaido Consadole Sapporo – kelab yang juga merupakan dimana Chanathip Songkrasin beraksi.
New Vietnamese signing confirmed? 👀 pic.twitter.com/IZ64ivXklW
— Irish Dosanko | アイルラン道産子 🍀🔴⚫ (@IrishDosanko) December 28, 2019
Beberapa minggu yang lalu, Hokkaido Consadole Sapporo telah membuat tawaran rasmi kepada kelab Hanoi FC untuk membawa pemain terbaik mereka Nguyen Quang Hai ke Sapporo. Namun, tawaran itu telah ditolak oleh Hanoi FC kerana mahu pemain itu kekal bersama mereka.
Walaupun ada 2 orang lagi pemain bawah 22 tahun Vietnam yang menyertai satu sesi ‘Try-out’ seperti yang kami laporkan tempoh hari, berkemungkinan besar 2 pemain tersebut tidak berjaya dalam sesi pemilihan yang dilakukan itu.
Para pemerhati menjangkakan bahawa pasukan Hokkaido Consadole Sapporo itu telah melakukan tawaran yang lebih baik kepada Hanoi FC dan berkemungkinan telah diterima.
Tiada sebarang kenyataan rasmi dari kedua belah pihak berkenaan perkara itu dan mungkin dalam masa terdekat mereka akan membuat pengumuman.
Jika benar Nguyen Quang Hai menyertai Hokkaido Consadole Sapporo, beliau akan menjadi pemain Vietnam kedua bersama kelab itu selepas penyerang Le Cong Vinh beraksi di Sapporo pada musim 2013.
Artikel menarik lain berkaitan bola sepak Asia telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan seperti dibawah.
Nguyen Quang Hai Tolak Tawaran Untuk Sertai Consadole Sapporo
Nguyen Quang Hai Dinobatkan Sebagai Pemain Terbaik, Doan Van Hau Pemain Muda Terbaik V.League 2019