Aksi memukau serta konsistensi yang dipamerkan oleh Nguyen Quang Hai, pemain kelab Hanoi FC dalam musim 2019 ini membolehkan beliau dipilih sebagai pemenang anugerah V.League Player of the Year 2019.
Nguyen Quang Hai juga pernah meraih anugerah pemain terbaik bulan April 2019 dan selain membantu rakan sepasukan untuk menjaringkan gol, dimana secara keseluruhannya Hanoi FC berjaya mencatatkan 60 gol dengan Pape Omar Faye muncul sebagai penjaring terbanyak 15 gol.
Hanoi FC dalam musim 2019 berjaya merekodkan 15 kali menang, 8 kali seri dan tewas kali mengutip 53 mata secara keseluruhan untuk mengungguli takhta saingan V.League 1 mengatasi Ho Chi Minh City FC ditempat kedua dengan kelebihan 5 mata.
Namun, Hanoi FC selaku juara V.League 1 tidak dibenarkan untuk mewakili Vietnam dalam kejohanan diperingkat Asia; AFC Champions League dan juga AFC Cup 2020 apabila kegagalan kelab itu untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pertandingan diatas.
Seorang lagi pemain Hanoi FC, yang kini dipinjamkan ke SC Heerenveen dalam saingan Eredivisie, Doan Van Hau pula muncul sebagai pemain muda terbaik 2019, melengkapkan 3 pemain Hanoi FC yang menerima anugerah tahunan V.League 2019.
Dalam perkembangan berkaitan, 4 pemain Hanoi FC dipilih dalam kesebelasan utama terbaik V.League 2019 iaitu;
- Nguyen Quang Hai
- Doan Van Hau
- Nguyen Van Quyet
- Pape Omar Faye
Manakala, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 pula akan berlangsung pada 15 November 2019 dan akan disiarkan secara langsung melalui iFlix.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang kami sediakan untuk anda sebagai bahan rujukan.
Thailand U19 Belasah Skuad Kepulauan Mariana Utara 21 Gol Tanpa Balas, Suphanat Mueanta Ledak 5 Gol
Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram