2 pemain Thailand yang beraksi dalam saingan J1 League, Chanathip Songkrasin dan Thitipan Puangchan sah disenaraikan dalam 32 pemain bagi menyertai kem latihan pusat menjelang perlawanan bertemu Malaysia dan Vietnam.
Kedua-dua pemain tersebut yang sebelum ini tersisih dari pasukan akibat kecederaan telah mendapat lampu hijau dari pihak kelab masing-masing untuk kembali bersama skuad kebangsaan selepas menjalani rawatan di Jepun.
Theerathon Bunmathan turut berada dalam senarai walaupun tidak dapat diturunkan dalam perlawanan bertemu Malaysia pada 14 November 2019 dan beliau bakal kembali diturunkan dalam perlawanan bertemu Vietnam.
Senarai 32 pemain Thailand dalam kem latihan menjelang perlawanan dengan Malaysia dan Vietnam adalah seperti dibawah;
Penjaga Gol:
Siwarak Tedsungnoen (35)
Kawin Thamsatchanan (29)
Chatchai Bootprom (32)
Apirak Woravong (23)
Pemain Pertahanan:
Theerathon Bunmathan (29)
Narubadin Weerawatnodom (25)
Nitipong Selanon (26)
Tristan Do (age 26)
Manuel Bihr (26)
Adisorn Promrak (26)
Pansa Hemviboon (29)
Elias Dolah (26)
Korrakot Wiriyaudomsiri (31)
Sarawut Inpaen (27)
Pemain Tengah:
Bordin Phala (24)
Peeradon Chamratsamee (27)
Chanathip Songkrasin (26)
Picha Autra (23)
Sivakorn Tiatrakul (25)
Thitiphan Puangchan (26)
Supachok Sarachat (21)
Tanaboon Kesarat (26)
Phitiwat Sukjitthammakul (24)
Sasalak Haiprakhon (24)
Sarach Yooyen (27)
Ekanit Panya (20)
Teeraphol Yoryoei (24)
Penyerang:
Teerasil Dangda (31)
Supachai Jaided (20)
Chananan Pombuppha (27)
Suphanat Mueanta (17)
Chayawat Srinawong (26)
Formasi Akira Nishino Bersama Pasukan Thailand.
Selepas 3 perlawanan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, Thailand mengumpul 7 mata dikedudukan teratas kumpulan G mengatasi Vietnam dengan kelebihan perbezaan gol.
Disini kita cuba perhatikan formasi yang digunakan oleh bekas pengendali skuad Piala Dunia Jepun ini sehingga berada dalam kedudukan yang boleh dikatakan agak baik.
1)Perlawanan bertemu Vietnam
Thailand mengikat pasukan Vietnam tanpa jaringan. Ketika ini Teerasil Dangda tidak dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.
2) Perlawanan bertemu Indonesia
Ketika perlawanan bertemu Indonesia, Thailand telah menang dengan keputusan 3-0 di Stadium Gelora Bung Karno.
Akira Nishino mula menggunakan formasi seperti ini yang nampaknya memberikan impak yang baik kepada pasukan, walaupun tanpa beberapa pemain utama yang cedera.
3) Perlawanan bertemu Congo
Perlawanan persahabatan menentang Congo, Akira Nishino membuat pertukar an pemain dibeberapa posisi terutama di bahagian serangan dengan kembalinya Teerasil Dangda.
Formasi yang sama digunakan ketika bertemu dengan Indonesia.
4) Perlawanan bertemu UAE
Mengejutkan UAE 2-1 dilaman sendiri, Akira Nishino boleh dikatakan cukup berpuas hati dengan formasi ini selepas menggunakannya dalam 3 perlawanan berturut-turut.
Seri 0-0 bertemu Congo dan kemenangan 2-1 keatas UAE, dilihat sebagai bukti keberkesanan formasi ini dalam kem pasukan Thailand.
14 November nanti pasukan Thailand akan berkunjung ke Stadium Bukit Jalil bertemu Malaysia dan pastinya mereka mahu mengutip 3 mata penuh, dan dengan kembalinya Chanathip Songkrasin dan Thitipan Puangchan dijangka akan menguatkan lagi jentera tengah skuad bimbingan Akira Nishino ini.
Bagaimana pendapat anda tentang barisan pemain Malaysia yang mampu merobek skuad Thailand ini?
Kami telah sediakan beberapa artikel padu yang mungkin anda terlepas pandang sebelum ini.
Teerasil Dangda Buktikan Masih Berbisa, Thailand Tumbangkan UAE 2-1 Di Bangkok
Elias Dolah Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Thailand
Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun