Pemain berketurunan melayu, Yusef Elias Dolah akhirnya mendapat panggilan pertama untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Thailand sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan Oktober ini.
Prestasi cemerlangnya ketika membantu Port FC menghuni kedudukan tiga teratas dalam saingan Liga divisyen 1 Thailand menarik minat pengendali skuad gajah perang, Akira Nishino menyenaraikannya dalam 23 pemain akhir untuk memperkuatkan benteng pertahanan.
Sebelum ini, VocketFC menghubungi beliau untuk mendapatkan beberapa maklumat yang memungkinkan menjadi calon pemain kacukan skuad Harimau Malaya. Hal ini kerana Elias yang dilahirkan di Lund, Sweden adalah pemain kacukan Melayu-Thai disebelah bapa dan Sweden disebelah ibunya.
Kami difahamkan bapanya berasal dari Narathiwat dan berketurunan Melayu manakala datuk serta nenek bapanya (moyang Elias Dolah) merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan. Secara teknikalnya, Elias Dolah boleh beraksi untuk Malaysia menggunakan faktor ‘heritage’ dari moyangnya.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada dokumen yang sahih untuk mengesahkan status bapa dan neneknya sebagai warganegara Malaysia. Justeru itu, Elias kekal sebagai pemain tempatan Thailand dan melupakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
#Changsueklive ประกาศรายชื่อ 23 แข้งช้างศึก ชุดพบกับ คองโก และ ยูเออี ⚽️🇹🇭🔥#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #RiseBackUp #WorldCup #2022WCQ #FIFAWC #CheerThai #THAUAE #UAE #UnitedArabEmirates pic.twitter.com/UKbpBtIV60
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) September 27, 2019
Selain Elias, Nishino turut membuat kejutan dengan menyenaraikan penyerang muda yang berusia 17 tahun dari kelab Buriram United iaitu Suphanat Mueanta. Seorang lagi penyerang berpengalaman yang turut dipanggil ialah Teerasil Dangda dan pemain pertahanan skuad Piala Asia 2019, Korrakot Wiriyaudomsiri.
Mereka akan menggantikan tempat Thitiphan Puangchan, Tristan Do, Peeradon Chamratsamee yang mengalami kecederaan ketika menentang Vietnam dan Indonesia minggu lalu.
Thailand dijadualkan menentang pasukan di tangga ke 90 ranking dunia iaitu Republik Congo dalam satu perlawanan persahabatan pada 10 Oktober 2019 di Stadium Leo, Bangkok.
Kemudian, mereka akan menghadapi UAE dalam perlawanan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 15 Oktober 2019.
Artikel lain berkaitan dengan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dalam kumpulan G.
Simon McMenemy Panggil 25 Pemain Bagi Hadapi UAE Dan Vietnam
Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Aidil Zafuan Dan Halim Saari Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan
Park Hang-seo: Seperti Tidak Bertanggungjawab Jika Tinggalkan Pasukan Sekarang