Kelab SC Heerenveen yang beraksi dalam saingan Eredivisie telah membuat keputusan untuk tidak akan melepaskan pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau untuk beraksi bersama pasukan Vietnam dalam kejohanan AFC U23 Championship 2020 di Thailand Januari depan.
Sebab utama yang dinyatakan adalah kerana kejohanan itu tidak berada dalam kalendar FIFA dan kelab berhak untuk tidak melepaskan pemain mereka, selain telah melepaskan Doan Van Hau untuk beraksi dalam Sukan SEA 2019 yang lalu.
Turut dilaporkan bahawa untuk membolehkan Doan Van Hau beraksi dalam saingan Sukan SEA 2019, pihak Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) terpaksa membayar sejumlah denda kepada SC Heerenveen yang dikatakan berjumlah €40,000 atau RM185,000.
‘Perebutan’ untuk mendapatkan khidmat pemain ini untuk kedua-dua kejohanan telah dibincangan lebih awal dan pihak Hanoi FC telah bersetuju untuk membayar pampasan serta tidak akan menggunakan Doan Van Hau dalam kejohanan AFC U23 Championship 2020 nanti.
Menurut Pengarah Urusan kelab Hanoi FC, Nguyen Quoc Tuan memberitahu bahawa SC Heerenveen tidak mempunyai tanggungjawab untuk melepaskan pemain, tetapi ada syarat yang diletakkan jika mahu Doan Van Hau kembali ke Vietnam (beraksi untuk Vietnam).
“Syarat itu adalah mereka (SC Heerenven) tidak akan membayar gaji Doan Van Hau ketika beliau tidak bersama kelab dan berdasarkan klausa dalam kontrak, Hanoi FC akan membayar gaji beliau itu.
“Gaji beliau ketika ini adalah diantara yang paling rendah untuk pemain dari luar eropah. Kami (Hanoi FC) bertanggungjawab untuk menjaga semua hak pemain yang dituntut oleh SC Heerenveen. Kami akan membayar gaji dan cukai kepada SC Heerenveen.
Dari beberapa sumber, gaji Doan Van Hau adalah sekitar €450,000 setahun sebelum cukai dan dikenakan cukai sebanyak 51.75%.
Nguyen Quoc Tuan juga menjelaskan bahawa duit tersebut dikira sebagai salah satu sumbangan kelab kepada pasukan Vietnam, negara dan juga pemain.
Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo yang sedia maklum dengan perkara ini akan mencari solusi baru untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Doan Van Hau dalam kejohanan itu nanti.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Ranking FIFA Vietnam Alami Kenaikan Mendadak Sejak Dikendalikan Park Hang-seo
FIFA Ranking: Malaysia Melonjak 4 Kedudukan Ke Ranking 154 Dunia, Vietnam Kekal Dalam Top 100