Manchester United menang atas FC Copenhagen dalam Liga Europa. Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer menganggap kesabaran sebagai kunci kemenangan pasukannya dalam perlawanan tersebut.
United menang 1-0 ke atas FC Copenhagen pada suku akhir Liga Europa 2019-2020. Perlawanan ini berlangsung di Stadium RheinEnergie.
Satu-satunya gol untuk Setan Merah dijaringkan oleh Bruno Fernandes. Gol itu dijaringkan menerusi sepakan penalti pada masa tambahan.
Dengan keputusan ini, United mengesahkan layak ke separuh akhir Liga Europa. Kelab dari Manchester tersebut sedang menunggu pemenang antara Wolverhampton Wanderers dan Sevilla.
Berkat kesabaran
Solskjaer sendiri mengakui bahawa perlawanan itu sukar. Tetapi berkat kesabaran, pasukannya berjaya muncul sebagai pemenang dalam perlawanan kali ini.
“Kita harus berdisiplin, bersabar, dan pada akhirnya kesabaran membuahkan hasil bagi kita. Kami mencipta peluang yang cukup untuk memenangi permainan,” kata Solskjaer kepada UEFA.com.
“Kami melakukan beberapa percubaan dan tidak bernasib baik pada beberapa situasi. Ini adalah keputusan yang tepat, tetapi kami dapat melakukan yang lebih baik.”
Namun, Solskjaer masih belum sepenuhnya berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam perlawanan tersebut.
Beliau menganggap bahawa United masih perlu memperbaiki diri mereka, terutama sekali dalam penyudah.
“Kita perlu meningkatkan perkara dalam banyak aspek. Tetapi, jika anda membuat banyak peluang seperti hari ini, kita harus lebih klinikal dan tajam dan juga menjaringkan gol,” tambahnya.
Seterusnya Solskjaer turut mengkritik sikap buruk pemainnya yang suka sangat menggelecek secara berlebihan.
“Walaupun kami benar-benar mencipta banyak peluang yang luar biasa, kadang-kadang seperti masih ada pemain ingin menggelecek pertahanan secara berelebihan.”
“Tetapi selalu ada beberapa pemain pertahanan yang baik dan penjaga gawang lawan yang hari ini mungkin pemain terbaik dalam permainan ini.”
Baca juga perkembangan lain
TERKINI: Sancho Secara Rasminya Sertai Latihan Di Switzerland
Juventus Tukar Perancangan Kerana Pirlo Mahukan ‘Pirlo’ Jadi Maestro Bukannya Jorginho