Walaupun England gagal untuk meneruskan kemaraan mereka dalam Liga Negara Eropah (UNL), namu prestasi Jack Grealish menarik perhatian dunia.
Selepas beberapa kali sebelum ini Grealish dinafikan oleh Southgate daripada panggilan pasukan utama Tiga Singa, namun pemain itu membuktikan kenapa beliau berhak menjadi pemain utama dalam skuad kebangsaan.
England kalah 0-2 dalam aksi berdepan Belgium semalam. Sekaligus gagal mara ke separuh akhir UNL.
Dalam tugasan antarabangsa kali ini, Grealish paling mencuri tumpuan dengan kualiti permainan beliau di atas padang. Grealish mendapat pujian daripada pundit dan peminat.
"His performance was excellent. Really top level."
The boss on @JackGrealish's display and tonight's game: pic.twitter.com/WrsEM6b4TR
— England (@England) November 15, 2020
Grealish menunjukkan peningkatan ketara dalam kariernya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau menjadi nadi penting Aston Villa ketika membantu kelab itu naik semula ke EPL beberapa musim lalu.
Grealish pastinya kecewa dengan kekalahan pasukannya. Namun dia pada masa yang sama bangga dapat berbakti kepada negaranya dan menunjukkan prestasi terbaik.
Sebelum perlawanan Grealish berkongsi tips kecemerlangan beliau dalam beberapa musim ini. Ternyata pemain itu menjadikan Kevin De Bruyne dan Philippe Coutho sebagai rujukannya.
Ini untuk memperbaiki lagi aspek permainannya selaku pemain tengah ofensif / AMF.
“24 jam terakhir saya menonton rakaman pemain kegemaran saya. Saya melakukan itu setiap perlawanan, itu membuat saya teruja,” kata Grealish.
“Saya menonton klip video Kevin de Bruyne, Philippe Coutinho dan beberapa lagi pemain lain dalam kedudukan saya.”
Jack Grealish watches clips of Kevin De Bruyne and Philippe Coutinho to help him improve his game. pic.twitter.com/c7f1QJ8v0q
— ESPN FC (@ESPNFC) November 15, 2020
“Saya melakukannya [menonton video pemain lain] ketika saya masih kecil dan saya masih melakukannya hari ini, itulah yang membuat saya terus berkembang. Saya tak perlu malu untuk menyatakannya,” tegas Jack Grealish.
Agak ironi kerana Grealish disingkirkan oleh pasukan yang diwakili oleh Kevin De Bruyne.
Dalam perlawanan tersebut England tampil lebih dominan dalam aksi yang sengit di antara kedua dua pasukan.
Namun England sangat tumpul di barisan serangan. Belgium menjaringkan 2 gol awal separuh masa pertama menerusi Youri Tielmanns dan Dries Mertens.
Baca juga perkembangan lain
Bendtner Dedahkan Pemain Juventus Merokok Di Tandas, Anggap Ia Pemandangan Luar Biasa
Barcelona Bayar £30 Juta Bonus Kesetiaan Kepada Lionel Messi