Barcelona perlu membayar £30 juta kepada Lionel Messi jika pemain itu bermain sehingga akhir musim ini. Messi akan mendapat wang itu sebagai bonus kesetiaan kerana bermain sehingga kontraknya tamat.
ESPN melaporkan, Barcelona perlu membayar wang bonus itu sama ada Messi terus kekal ataupun memutuskan untuk pergi ke kelab lain.
Messi masih bersama dengan satu satunya kelab profesional beliau di Eropah sehingga ke hari ini iaitu Barcelona.
Laporan yang sama melaporkan bahawa terma itu terkandung pada kontrak yang ditandatangani beliau pada 2017 yang ada klausa bonus kesetiaan bernilai £60 juta.
Messi sudah mendapat bonus kesetiaan bayaran pertama bernilai £30 juta sebelum ini. Dan bakinya bakal diterima pada akhir musim ini.
Barcelona must pay Lionel Messi a €33 million loyalty bonus when his contract expires next summer as part of the deal he signed with the club in 2017, sources told @moillorens. pic.twitter.com/1mRAFTwyK7
— ESPN FC (@ESPNFC) November 13, 2020
Lionel Messi sebelum ini pernah meminta untuk meninggalkan Barcelona. Namun permintaan itu tidak dipersetujui Barcelona.
Messi menyatakan beliau terpaksa akur dengan keadaan walaupun pada masa yang sama memang mahu mencari cabaran baharu.
Salah satu sebab Messi mahu keluar adalah kerana protes kepada beberapa kepincangan di bawah kepimpinan Bartomeu.
Dan kini Bartomeu sudah tidak lagi menjadi presiden Barcelona. Tetapi buat masa ini Lionel Messi masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan.
Baca juga perkembangan lain
Ramos ‘Miss’ Dua Penalti Membuatkan Sepanyol Terlepas 3 Mata
Cavani Meledak Lagi Dalam Aksi Kemenangan 3-0 Ke Atas Colombia