Jack Grealish mendedahkan perbezaan beliau dengan Erling Haaland.

Di mana menurutnya, pemain antarabangsa Norway itu sangat profesional.

Haaland kini sedang menikmati musim luar biasa di England. Berjaya memecahkan rekod Mohamed Salah sebagai penjaring gol terbanyak dalam semusim untuk pemain liga Inggeris.

Haaland berterusan meledak gol termasuk gol gol penting dalam kempen pertamanya bersama Manchester City.

Membuatkan Erling Haaland ketika ini dianggap no.9 terbaik di dunia.

Namun di sebalik pencapaian dan kecemerlangan Haaland sekarang, ada kerja keras dan sikap profesional di sebaliknya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Jack Grealish kepada Daily Mail.

Grealish berkata: “Haaland adalah pemain yang paling profesional yang pernah saya lihat.”

“Dia akan memulihkan dirinya, dia gemar berada di gym. 10 jam sehari dia luangkan untuk merawat dirinya dengan maid ais, diet yang teratur.”

Jack Grealish mengakui bahawa dia tak akan pernah mampu mengikuti apa yang Erling Haaland buat.

Kerana dia tidak mahu mengorbankan keseronokannya selepas perlawanan.

“Saya bersumpah, saya akui saya tak mampu menjadi seperti itu. Selepas perlawanan dia selalu berkata kepada saya: ‘Hey malam ni tak payahlah pergi berparti’.”

“Dan saya cakap balik: ‘Kau diam sahajalah, dan pergi mandi ais tu’.”

Jack Grealish dan Erling Haaland

Jack Grealish dikenali sebagai seorang yang kaki parti. Tabiat buruknya itu malah pernah ditegur oleh Guardiola. Namun Guardiola menyatakan dia tidak mahu masuk campur urusan peribadi pemain.

Kerana buat masa ini, Guardiola masih berpuas hati dengan prestasi Grealish di atas padang.

Selepas musim pertama yang agak sukar, Jack Grealish semakin baik bersama dengan Manchester City.

Dan dia menjadi pemain penting City dalam usaha pasukan itu mempertahankan EPL serta cuba menamatkan musim ini dengan treble.