Jack Grealish dengan anehnya memperlekehkan / taunting Miguel Almiron ketika pasukannya meraikan trofi Liga Perdana Inggeris.
Penyokong Newcastle menjadi pelik. Kerana Almiron seorang pemain yang baik hati dan tak pernah ada masalah dengan mana mana pemain termasuk Grealish.
Grealish kelihatan terlalu teruja di dalam keraian tersebut. Dia turut menyatakan bahawa perkara terbaik dalam aksi menentang Aston Villa adalah ketika Pep Guardiola memutuskan untuk mengeluarkan Bernardo Silva yang menurutnya beraksi merapu.
Grealisih kemudian menyatakan bahawa alasan Pep Guardiola membelinya adalah kerana Kyle Walker tidak mampu mengawalnya ketika dia bermain menentang City.
Tidak cukup dengan itu, Grealish menuduh Riyad Mahrez bermain teruk pada aksi berdepan Villa dan menyamakannya seperti Almiron.
• Insults Newcastle star Miguel Almiron
• Joking that Riyad Mahrez needed to be subbed
• Downing beers and vodka-cokesJack Grealish had plenty to shout during Manchester City's Premier League title parade https://t.co/nnQWB0JarI pic.twitter.com/EBTufxSIFI
— Mail Sport (@MailSport) May 24, 2022
Pemain bernilai £100 juta itu menjadi subjek kecaman peminat Newcastle.
Di mana salah seorang daripadanya berkata: “Agak pelik kerana seorang pemain pro tidak menghormti pemain pro yang lain. Grealish kemungkinan besar tak pernah bercakap pun dengan Almiron.”
Seterusnya mereka menganggap Almiron adalah pemain yang sangat baik dan sentiasa tersenyum.
Ada banyak lagi komen yang menyelar tindakan Jack Grealish.
Manchester City berjaya menewaskan Aston Villa dengan kebangkitan 3 gol pada 15 minit terakhir perlawanan untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim 2021/22.
Ianya merupakan kejayaan keempat City dalam 5 musim terakhir selaku juara England.