Jack Grealish menjadi nadi penting mencetuskan kebangkitan City ketika berdepan Liverpool.
Liverpool gagal mempertahankan pendahuluan 1 gol awal, apabila mereka kalah 4-1 di Etihad di tangan Manchester City.
Defeat in Manchester. #MCILIV pic.twitter.com/IdjgYogog8
— Liverpool FC (@LFC) April 1, 2023
Aksi antara Man City dan Liverpool sentiasa mencuri perhatian. Dengan Man City harus mencipta kemenangan untuk terus mengejar Arsenal dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.
Walaupun Man City dominan dan mencipta lebih banyak peluang, namun Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi penggempur sensasi Mohamed Salah.
Kredit kepada Diogo Jota yang berjaya mengatasi perangkap ofsaid dan kemudian menunggu masa yang tepat untuk melepaskan bola kepada Mo Salah. Gol ke-11 dalam kariernya ke atas Man City.
Selepas gol Salah pada minit ke-17 itu, segalanya adalah berkaitan Man City.
10 minit kemudian, Julian Alvarez menyamakan kedudukan untuk Man city. Alvarez beraksi di kesebelasan utama menggantikan Haaland yang tidak cukup cergas.
Separuh masa pertama berakhir 1-1.
Honours even at the break.#MCILIV pic.twitter.com/Jbp5oeclQh
— Liverpool FC (@LFC) April 1, 2023
Tetapi separuh masa kedua, Man City meledak 3 gol untuk memastikan mereka berjaya menang 4-1 ke atas seteru mereka di peringkat domestik dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Kevin De Bruyne menjaringkan gol kurang 2 minit selepas separuh masa kedua disambung.
Tidak lama kemudian giliran Ilkay Gundogan mencetak gol kedua pada minit ke-53. Ianya gol sangat tenang apabila Gundogan mengawal bola yang datang daripada kaki Trent Alexander Arnold. Dia mengambil sedikit masa dan menghalakannya masuk ke jaring.
Pada minit ke-74, Jack Grealish – pemain terbaik perlawanan – telah mencetak gol keempat. Grealish memulakan gerakan dengan melakukan pertukaran hantaran dengan Kevin De Bruyne.
Jack Grealish menyambut hantaran yang dikembalikan De Bruyne dan melengkapkan kebangkitan luar biasa City.