Manchester City dilaporkan berminat untuk bersaing mendapatkan Jack Grealish. Pemain Aston Villa itu sangat cemerlang dalam dua musim terakhirnya.
Dan musim ini beliau turut cemerlang bersama skuad kebangsaan England. Guardiola menggemari dinanisme di dalam permainan Grealish untuk membentuk serangan yang bertenaga.
BBC juga menyatakan, Pep Guardiola yang baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan, mahu membuat rombakan pada jendela perpindahan akan datang.
Jack Grealish playmaker yang kreatif dan memiliki kemampuan untuk menewaskan lawannya dengan skil dan kelajuannya.
Guardiola menjadikan Grealish sebagai sasarannya ketika dia membincangkan rundingan lanjutan kontraknya sebelum ini.
Jack Grealish is reportedly a top target for Pep Guardiola's 'rebuild' at Man City…
Gossip 👉 https://t.co/mzxD5xfi0o pic.twitter.com/rDN78dz8v5
— BBC Sport (@BBCSport) November 24, 2020
Pep Guardiola pastinya sedar harga pemain itu tak akan murah. Dan Aston Villa dikatakan meletakkan tanda harga £100 juta untuk pemain yang baru melanjutkan kontrak bersama Villa musim lalu.
Grealish menjadi sasaran banyak pasukan, terutama sekali di England. Sebelum ini Grealish dikaitkan dengan jiran tetangga City iaitu Manchester United.
Selain daripada Grealish, Guardiola terus dikaitkan dengan Lionel Messi yang akan menjadi ejen bebas pada musim hadapan.
Namun Guardiola memberitahu media beliau kalau boleh mahu melihat Lionel Messi terus kekal di Barcelona.
Man City kini sedang menyusun rangka tawaran khas kepada Lionel Messi termasuk pelan persaraan untuk pemain itu.
Manchester City's 10-year plan for Barcelona's Lionel Messi could include a move to New York in the latest gossip.
Here 👉 https://t.co/IvyJm7sRNC #bbcfootball #Barca #ManCity pic.twitter.com/qhzHs72nX1
— BBC Sport (@BBCSport) November 24, 2020
Baca juga perkembangan lain