Bekas penyerang pasukan kebangsaan Denmark dan Arsenal, Nicklas Bendtner, membuat pendedahan luar biasa tentang budaya negatif di Juventus,
Di mana Bendtner mendedahkan bahawa pemain bintang Juventus mempunyai kebiasaan merokok di dalam tandas tanpa rasa bersalah. Sedangkan bagi atlet profesional, tabiat merokok itu adalah tidak sihat.
Malah ramai pengurus menegah para pemain mereka daripada merokok. Malah ada yang dipotong gaji kalau kantoi merokok.
Ketika pertama kali bergabung dengan Juve, Bendtner terkejut. Kerana, setelah menjalani sesi latihan, dia mendapati tiba tiba bilik persalinan kosong. Bendtner kehairanan, mereka semua di mana.
Setelah mencari di pelbagai tempat, dia mendapati mereka berkumpul di tandas sambil merokok.
Bendtner gembira mengetahui perkara tersebut dan menganggap ia pemandangan luar biasa. Kerana, dia boleh menyertai mereka untuk merokok.
Nicklas Bendtner reveals his first day at Juventus provided an ‘amazing sight, 10 or 12 of them in the toilets having a coffee, talking and smoking.’ https://t.co/R7NGuvDZFx #Juventus #SerieA pic.twitter.com/J4QIFjX61n
— Football Italia (@footballitalia) November 15, 2020
Ketika Bendtner masih bermain di Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal, di England, merokok adalah satu kesalahan untuk pemain terutama sekali anda pemain Arsene Wenger.
“Mereka berada di bilik mandi. Dan saya tak jumpa sesiapa di luar, saya pun hairan. Ketika itu adalah hari pertama saya.”
“Kemudian saya mendapati 10 atau 12 daripadanya di tandas, hanya minum kopi, berbual, menikmati detik antara satu sama lain – dan merokok.”
“Ini adalah pemandangan yang luar biasa dan membuat saya merasa seperti ini adalah sesuatu yang saya akan nikmati selepas ini,” sambungnya lagi.
Sejumlah pemain bintang Juventus tidak menyembunyikan tabiat mereka merokok, seperti Gianluigi Buffon dan Andrea Pirlo antara yang sangat terbuka. Malah seringkali dilihat merokok di tempat awam.
Menurut Bendtner, ini bukan masalah, kerana terdapat banyak perbezaan pandangan antara England dan Itali.
Semua orang tahu bahawa merokok boleh menyebabkan penyakit. Itulah sebabnya terdapat stigma bahawa atlet tidak dibenarkan merokok kerana boleh merosakkan kesihatan fizikal mereka.
Itulah sebabnya mengapa media di UK begitu prihatin terhadap perkara ini dan akan menjadikan ia isu besar.
Namun, di Itali keadaannya sedikit berbeza. Selagi pemain ini dapat mempamerkan persembahan yang mantap di lapangan, media tak akan menulis tentang isu merokok itu.
“Apa yang dapat kamu katakan kepada orang-orang ini? Sekiranya anda melihat kerjaya mereka dan seberapa profesional mereka, ini benar-benar telah membuka mata saya.”
“Kerana profesionalisme yang mereka tunjukkan di lapangan dan persahabatan di luar padang berada pada tahap yang berbeza. Jadi tidak ada yang memikirkannya, “jelas Bendtner.
“Ini lucu kerana anda masih ingat ketika Mario Balotelli datang ke England dan semua orang mengatakan tentang dia merokok di tandas.”
“Dan itu menjadi kisah besar di dada akhbar di England – pemain yang menghisap rokok.”
“Di setiap kelab yang pernah saya sertai, ramai pemain yang merokok. Itu bukan perkara pelik di Itali.”
Baca juga perkembangan lain
Ramos ‘Miss’ Dua Penalti Membuatkan Sepanyol Terlepas 3 Mata
Cavani Meledak Lagi Dalam Aksi Kemenangan 3-0 Ke Atas Colombia