Ed Woodward dikecam teruk oleh peminat dan legenda Manchester United kerana kegagalan mendapatkan Jadon Sancho.
Namun The Athletic pula mendedahkan, Woodward memang berusaha untuk membawa Sancho ke United. Cuma usaha itu tidak disokong oleh pemilik, keluarga Glazer.
Jadon Sancho terus menjadi sasaran utam Ole Gunnar Solskjaer di bursa perpindahan. Walaupun Borussia Dortmund menyatakan rundingan untuk Sancho ke Manchester United sudah ‘mati’.
Tetapi United masih percaya mereka mampu menandatangani pemain itu pada jendela perpindahan awal musim.
Menurut laporan, Ed Woodward menganggap pemain sayap itu sangat diperlukan oleh skuad Manchester United ketika ini. Terutama sekali Solskjaer mendesak Woodward membawa masuk seorang pemain sayap.
Selain itu, Woodward cuba meyakinkan Joel Glazer bahawa Sancho akan memberikan impak ekonomi yang baik untuk kelab.
Borussia Dortmund berkeras dengan tanda harga £109 juta ataupun €120 juta.
Athletic turut mendedahkan bahwa Woodward ada berdebat dengan Joel Glazer untuk mengeluarkan dana bagi mendapatkan Jadon Sancho.
▪️ 'Did not take #BVB's price & Aug deadline seriously'
▪️ BVB Chief Exec called #MUFC at start of summer to lay out terms
▪️ #MUFC feel total package too expensive
▪️ Sancho feels undervalued by approach & may now move elsewhere📝 @lauriewhitwell @David_Ornstein @honigstein
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) October 6, 2020
Rio Ferdinand antara legenda kelab yang lantang mengecam pengurusan Man United yang dianggapnya melakukan kesilapan besar tidak mahu membayar mahal Jadon Sancho yang dianggap beliau sebagai ada ciri ciri bakal pemain terbaik dunia suatu hari nanti.
Usaha Ed Woodward bagaimanapun ditentang oleh Joel Glazer yang menganggap harga Sancho sebagai terlalu mahal.
Laporan di Jerman pula mendedahkan bahawa Sancho kurang gembira dengan cara Borussia Dortmund mengendalikan tawaran Manchester United. Walaupun sebelum itu beliau sudah menyatakan mahu kekal di Dortmund.
Baca juga perkembangan lain
Parti Harijadi Langgar Peraturan Covid-19, Sancho, Abraham & Chilwell Terlepas Aksi Menentang Wales
RASMI: Thomas Partey Milik Arsenal Dengan Tebus Klausa Pelepasan €50 Juta