Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin mengingatkan rakan sepasukan tidak memandang rendah keupayaan Manjung City FC bagi pertembungan pusingan awal Piala FA yang akan menjadi aksi kompetitif pertama mereka musim ini.
Sri Pahang terlepas dua aksi Liga Super susulan penularan COVID-19 dan Zarif tidak menolak perlawanan itu tetap sengit meskipun melayan kunjungan kelab dari Liga M3 itu pada 23 Mac ini.
“Itu yang kita dapat tengok apabila pasukan-pasukan lain ada yang menang besar dan itu adalah kelebihan untuk mereka sebab Sri Pahang tak bermain satu perlawanan pun lagi.
“Jadi, kami ingin fokus untuk menang terlebih dahulu dan nak lebih melihat kepada kualiti permainan pasukan sendiri.
“Saya sebagai penjaga gol pun memang setiap kali main kalau boleh nak ‘clean sheet’, dan itu memang azam saya, jadi kalau menang tanpa jaringan besar pun tidak mengapa, asalkan menang.
“Kita sendiri pun tak tahu lagi percaturan jurulatih bagaimana, adakah nak menurunkan semua pemain tempatan atau import, jadi saya hanya perlu bersedia sahaja”, jelasnya kepada MFL.
Penjaga gol @OfficialPahang, Zarif Irfan Hashimuddin mengingatkan rakan sepasukan tidak memandang rendah keupayaan Manjung City FC bagi pertembungan pusingan awal Piala FA yang akan menjadi aksi kompetitif pertama mereka musim ini.#PialaFA2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 15, 2022
Dalam masa sama, Zarif yang mula beraksi bersama Pahang sejak musim lalu tidak menafikan kehadiran penjaga gol import, Mamadou Samassa akan menghadirkan perebutan sengit selaku penjaga gol utama.
Namun, dia melihat situasi itu daripada sudut positif untuk sama-sama mempersembahkan prestasi terbaik demi pasukan.
“Masa tahun lepas saya tidak diberi pilihan sangat pada awalnya tetapi selepas Helmi Eliza cedera, baru saya diberi peluang dan ketika Piala Malaysia pun saya dapat beraksi juga.
“Untuk tahun ini apabila penjaga gol import ada, saya kena sentiasa bersedia walaupun sedar dia akan menjadi pilihan utama.
“Tetapi masing-masing ada kelebihan sendiri dan apa yang baik, saya boleh belajar daripada dia juga”, tambahnya.
Perlawanan yang ditunda sebelum ini membabitkan Sri Pahang FC adalah aksi Liga Super menentang Terengganu FC dan Selangor FC dan perlawanan Piala FA pusingan pertama menentang Mahjung City FC akan diadakan pada 23 Mac ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Terengganu Bantah Waktu Sepak Mula 8.15 Malam, Mahu MFL Tukar Kepada 9.00 Malam
Hanya Penyokong Lengkap Suntikan Dos Penggalak Sahaja Dibenarkan Masuk Ke Stadium