Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad menjadi bualan peminat bola sepak tempatan hari ini apabila dilaporkan bakal menyertai Sri Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kelab, beberapa portal media di laman sosial mula mengesahkan mengenai perpindahan itu. Difahamkan, Shahrul Saad sudah pun dihubungi oleh individu penting daripada pasukan tersebut.
SAH!
Pemain pertahanan baharu Sri Pahang FC, Shahrul Saad telah menandatangani Kontrak bersama skuad Tok Gajah untuk musim 2021.
— CakapSukan (@CSukan) May 4, 2021
Kapten Perak FC Shahrul Saad difahamkan belum buat keputusan menyertai Sri Pahang FC walaupun telah dihubungi oleh individu penting daripada skuad Tok Gajah. Pertahanan Harimau Malaya itu bagaimanapun perlu menentukan masa depannya bulan ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 4, 2021
Perpindahan tersebut juga mempunyai kaitan dengan isu tunggakan gaji yang sedang melanda pasukan Perak sehingga memaksa para pemain menimbangkan keputusan untuk angkat kaki demi masa depan mereka.
Jika Shahrul Saad menyertai Sri Pahang, beliau dijangka akan menggantikan tempat Herold Goulon berganding dengan Muslim Ahmad untuk memperkuatkan benteng pertahanan.
Perak’s wage issues could see some players leaving the club, and it is no surprise to see clubs expressing interest. Shahrul Saad is a man in demand for years, and this situation would surely be an advantage. If they want to keep him, time to settle the arrears. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 4, 2021
Skuad tok gajah turut mengambil langkah drastik pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2021 yang dibuka semalam apabila menandatangani empat pemain import baharu iaitu Aung Kaung Mann (Myanmar), Yakubu Abudbakar (Ghana), Kenny Athiu (Sudan/Australia) dan Manuel Hidalgo (Argentina).
Langkah tersebut dilakukan untuk menyelamatkan kelab dari Pantai Timur itu daripada tersingkir ke Liga Premier musim depan.
Peminat juga tidak menolak kemungkinan Herold Goulon bakal digugurkan kerana difahamkan mengalami kecederaan hamstring sejak minggu lepas manakala Lee Tuck akan dikekalkan atau dipinjamkan ke pasukan lain.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Selangor Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-85
Azraai: Kempen Liga Makin Menarik Dengan Persaingan Empat Pasukan