Kelab Bola Sepak Penang (PFC) hari ini mengumumkan Zainal Abidin Hassan sebagai Ketua Jurulatih skuad Harimau Kumbang bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Zainal pernah mengemudi pasukan Penang FA pada tahun 2017-18 sekali lagi diberi kepercayaan dalam menggalas tugas yang amat berat untuk mencetuskan kebangkitan semula Penang FC.
“Kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah mengambil kira segala faktor luar dan dalam padang yang boleh menjadi pengaruh yang positif untuk kebangkitan semula ini.
“Dalam meraikan mutu pengadilan yang luhur dan adil serta bijaksana dalam setiap perlawanan melibatkan Penang FC, Coach Zainal Abidin Hassan juga diharapkan dapat mengekalkan perhubungan mesra yang terjalin dengan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran sukan rakyat yang paling berprestij ini,” kata kenyataan rasmi PFC.
Sebelum ini, Zainal membimbing pasukanĀ Melaka United selama 3 tahun. Bekas tonggak kebangsaan itu diganti dengan jurulatih baharu biarpun berjaya membawa skuad Sang Kancil melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia musim lepas.
Beliau juga pernah dikritik oleh para peminat pada awal musim lalu gara-gara prestasi Melaka United ibarat yo-yo. Malah, Melaka United hampir melangkah ke zon penyingkiran ketika liga berbaki empat perlawanan lagi sebelum sebuah syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd (KenTeam) mengambil alih pengurusan pasukan terbabit.
Zainal Abidin kemudiannya dikekalkan sebagai ketua jurulatih oleh pengurusan baharu dan membalas kepercayaan itu apabila memastikan Melaka United kekal dalam Liga Super.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Pemain Bola Sepak Tempatan Ditahan Kerana Rogol Remaja Perempuan
Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan
Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022