Skuad Tok Gajah bakal dibarisi oleh jentera serangan baharu apabila mereka membuat rombakan dengan pertukaran pemain import pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang telah dibuka ketika ini.
Independiente Medellín yang merupakan kelab liga divisyen 1 Colombia mengumumkan penyerang muda mereka, Andres Steven Rodriguez bakal ke Liga Malaysia untuk menyertai Sri Pahang secara pinjaman selama 6 bulan.
Beliau dijangka menggantikan tempat penyerang import dari Jordan, Mahmoud Zatara yang gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan sejak awal musim ini.
Bercakap kepada Wartawan Colombia, Rodriguez mengakui gembira dapat tawaran beraksi dengan kelab dari luar negara walaupun tidak mempunyai pengalaman dengan suasana bola sepak Asia.
“Ya, Sri Pahang FC. Saya akan ke sana secara pinjaman selama 6 bulan dengan pilihan lanjutan kontrak selama 6 bulan serta pilihan untuk pembelian. Saya harap dapat melalui musim yang hebat sepertimana yang dilakukan ketika bersama Leones dan Envigado.
“Perpindahan itu sudah disahkan, pasukan ini menunjukkan minat yang tinggi dan ia adalah salah satu daripada pasukan besar di Malaysia,” katanya melalui satu temubual bersama wartawan Colombia, Juan Pablo Rúa Jiménez.
"Sri Pahang FC, voy a préstamo por 6 meses, con opción de 6 meses y opción de compra. Esperemos hacer un buen semestre, ratificar lo que hice en Leones y Envigado." Andrés Steven Rodríguez en #AquíEntreNos de @RadioMunera. pic.twitter.com/EnlnpDeebI
— Juan Pablo Rúa Jiménez (@JuanPabloRuaJim) May 28, 2022
Sebelum bersama Independiente Medellín, pemain yang berusia 23 tahun itu sempat dipinjamkan ke kelab divisyen 2 Colombia, Leones FC pada musim 2021.
Ia musim yang hebat bagi pemain tersebut apabila berjaya membantu Leones menghuni kedudukan teratas dalam Liga Categoria Primera B. Steven Rodriguez juga merupakan penjaring terbanyak liga tersebut dengan rekod 14 gol dalam 16 perlawanan.
Doblete para Andres Steven 'Titi' Rodríguez con Leones en la fecha 1 de cuadrangulares.
El delantero propiedad del Medellín es el máximo goleador de la B con 14 goles en 16 partidos.
CON LA 14 DE GERMÁN EZEQUIEL pic.twitter.com/WctXlw0Foh
— MUNDO DIM (@MundoDIM) April 17, 2021
“Ejen memahami keperluan saya untuk beraksi dengan lebih kerap. Saya beritahunya keinginan untuk memburu minit permainan yang banyak. Saya tidak mahu jadi pemain simpanan. Dia menyatakan tawaran tersebut (dari Sri Pahang) kepada Medellin dan mereka menyukainya.
“Tiga hari lalu saya sudah berhenti menjalani latihan bersama Medellin. Saya akan terbang ke Malaysia pada hari Isnin atau Selasa pagi untuk ujian perubatan dan diperkenalkan kepada kelab,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan
Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022