Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan ketika aksi Liga Super menentang JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada rabu lepas.
Bekas penjaga gol Harimau Muda itu turut menampilkan prestasi cemerlang apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya JDT yang menyaksikan juara bertahan itu hanya mampu mencatat kemenangan tipis, 1-0.
Namun begitu, tular satu video yang memperlihatkan beliau berdiri di depan pintu gol sambil membaca sesuatu sebelum perlawanan bermula. Ada juga peminat mendakwa beliau membaca mantera untuk mengelakkan gawang daripada dibolosi dengan mudah.
Bagaimanapun, Syihan dalam satu temubual bersama Harimau Malaya menafikan dakwaan itu dan menjelaskan ia sebenarnya bacaan doa untuk permudahkan urusannya dalam perlawanan itu.
“Itu bukan mantera, itu doa yang selalu mak saya pesan, apabila masuk padang sampai dekat gawang gol, bacalah doa. Minta dengan Allah, itu bukan mantera.
“Syihan pun terkejut juga, orang cakap mantera apa ini. Itu bukan mantera, saya bawa doa-doa umi saya masuk ke dalam padang,” katanya di saluran Youtube, Harimau Malaya.
Penjaga gol @nsfc1923, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak mampu berkata apa-apa apabila bolos satu gol pada minit ke-100 kepada Johor Darul Ta’zim sebaliknya berterima kasih kepada rakan sepasukan atas semangat juang tinggi.#LigaSuper2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 12, 2022
Pemain kelahiran Kelantan ini juga menganggap pasukannya telah memberikan segala-galanya atas padang dalam usaha mendapatkan kemenangan dan tetap berbangga dengan aksi yang telah ditampilkan.
“Tak boleh nak kata apa dah, tetapi pasukan telah bagi 200 peratus di atas padang.
“Jurulatih mahu kami beri 100 peratus tetapi pemain dah bagi 200 peratus dan itu yang saya bangga dengan mereka.
“Apa pun saya nak cakap Alhamdulillah atas berkat doa isteri, anak-anak, ibu bapa dan seluruh pasukan, kita dah beri yang terbaik malam ini (semalam).
“Saya tak berbangga dengan diri saya, saya hanya berbangga dengan semua pemain yang telah beraksi dengan cemerlang”, katanya kepada MFL.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Lebih 22,000 Penyokong Telah Hadir Menyaksikan Perlawanan Derbi Selatan Di Stadium Paroi
Zhafri Yahya Akui Gol Lawan Penang Yang Tercantik Pernah Dihasilkan
Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0
CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi
Ultras Dan Kelab Penyokong Kedah Terima Dana Daripada KFA Beli Peralatan Muzik