Ibarat perlawanan akhir ! Itulah perkara yang dapat disimpulkan terhadap pertembungan dua pasukan teratas Liga Super diantara Negeri Sembilan menentang JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.
Sejak sekian lama kita tidak melihat suasana seperti ini selepas 2 tahun dilanda wabak pandemik yang menandakan bola sepak Malaysia kini sudah kembali.
Menurut sumber, jumlah kehadiran penyokong di stadium tersebut ialah 22,169 orang ditambah pula dengan 3,000 orang di kawasan tempat duduk grandstand. Ini merupakan antara rekod kehadiran yang paling tinggi dalam saingan Liga Super pada musim 2022.
Antara faktor yang menarik kehadiran ramai penyokong ke stadium tersebut ialah strategi promosi dan penjualan tiket fizikal oleh pengurusan Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC). Ini kerana masih ada sebahagian penyokong yang tidak mahir membeli tiket secara dalam talian
Ditambah pula dengan reputasi JDT sebagai juara bertahan serta prestasi mantap pasukan Negeri Sembilan itu sendiri, sudah tentu para peminat tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pertemuan dua pasukan tersebut.
Mereka dihidangkan dengan perlawanan yang cukup dramatik dan pelbagai drama menarik telah berlaku sepanjang aksi.
90+10' GOL | Fernando Forestieri menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat terakhir!@nsfc1923 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Qxi4O8K9Mr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 11, 2022
Dalam perlawanan itu, JDT berjaya menghancurkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan menerusi jaringan minit akhir Fernando Forestieri sekaligus memastikan mereka kembali menjadi pendahulu Liga Super.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan harus menyalahkan diri sendiri apabila penyerang import mereka, Kossi Adetu gagal menyudahkan peluang terhidang pada minit akhir walaupun tidak dikawal oleh pemain pertahanan JDT.
Taktik melengahkan masa jelas membawa padah kerana ia memberikan masa tambahan sehingga 10 minit sekaligus dimanfaatkan oleh JDT untuk terus mengandakan asakan.
Negeri Sembilan kini menghuni tangga kedua liga selepas mengumpulkan 14 mata dalam 7 perlawanan yang diharungi manakala JDT terus kekal dengan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Zhafri Yahya Akui Gol Lawan Penang Yang Tercantik Pernah Dihasilkan
Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0
CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi
Ultras Dan Kelab Penyokong Kedah Terima Dana Daripada KFA Beli Peralatan Muzik