Rekod tanpa kalah juara bertahan Liga Super, JDT nyaris lebur apabila mereka terikat 2-2 ketika menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim. Ia bukan perlawanan yang mudah kerana skuad Harimau Selatan itu dipaksa bekerja keras untuk mencari jaringan penyamaan.
Dalam perlawanan ini, Tok Gajah mempertaruhkan beberapa pemain muda bagi menggantikan tempat tonggak utama yang tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, JDT terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 17 menerusi rembatan Bergson dalam kotak penalti. Ini adalah jaringan kelapan beliau dalam saingan Liga Super musim ini.
17' GOL | Bergson membuka tirai jaringan di Stadium Sultan Ibrahim dengan gol kelapan peribadinya musim ini!@OfficialJohor 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/IDzCCVpJZv
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 18, 2022
Namun begitu, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat pemain Sri Pahang untuk terus mengandakan asakan walaupun berdepan dengan ketumpulan penyudah.
Usaha mereka membuahkan hasil apabila Saiful Jamaludin berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti yang menewaskan Farizal Marlias pada minit 38.
38’ GOL | Saiful Jamaluddin menewaskan Farizal Marlias untuk gol penyamaan!@OfficialJohor 1-1 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/LzMKcwgRpF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 18, 2022
Tersentak dengan jaringan penyamaan tersebut, JDT bangkit mengaturkan serangan namun jentera serangan pasukan itu masih sukar untuk menembusi benteng pertahanan Sri Pahang yang beraksi dengan cukup berdisplin ditambah pula dengan ketangkasan penjaga gol import, Mohamadou Samassa.
Tuah memihak kepada Sri Pahang apabila mereka diberikan sepakan penalti apabila Shahrul Saad didakwa mengasari Mahmoud Zatara. Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Manuel Hidalgo sekaligus meletakkan Tok Gajah di depan sehingga tamat separuh masa pertama.
42’ GOL | Sepakan penalti Manuel Hidalgo meletakkan Sri Pahang di depan!@OfficialJohor 1-2 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/dNVyvHHgj4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 18, 2022
Memasuki separuh masa kedua, JDT bangkit melancarkan serangan bertali arus dan beberapa pertukaran pemain telah dilakukan dengan memasukkan pemain sayap import, Mousa Sidibe, Ramadhan Saifullah dan Safiq Rahim.
Perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada Sri Pahang namun pada minit ke 88, JDT pula diberikan sepakan penalti selepas pengadil mendapati Bergson telah dijatuhkan oleh pemain pertahanan Tok Gajah.
88' GOL | JDT menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bergson!@OfficialJohor 2-2 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/r3YaPAOWKE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 18, 2022
Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan Sri Pahang satu-satu pasukan yang berjaya mengikat JDT dan menjaringkan dua gol di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan Liga Super setakat ini.
Saingan Liga Malaysia selepas ini direhatkan selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
TMJ Ajak Penyokong JDT Penuhi Stadium Untuk Aksi Liga Super Lawan Sri Pahang
Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022
Lebih 22,000 Penyokong Telah Hadir Menyaksikan Perlawanan Derbi Selatan Di Stadium Paroi