Dua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super 2023 berminat untuk mendapatkan khidmat ketua jurulatih Petaling Jaya City, P. Maniam.
Baca Juga:
- JDT vs PJ City: Harimau Selatan Tiada Masalah Ke Suku Akhir
- JDT Lantik Bekas Anggota Tentera Sebagai Ketua Keselamatan Stadium
- RASMI: Perak Umum Bryan See Sebagai Pemain Baharu
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran dimana dua pasukan yang dimaksudkan ialah Penang dan PDRM.
It is learnt that Penang and Police are keen on recruiting P. Maniam as a coach for next season’s Super League challenge. #MFLTransfer2023
Difahamkan Pulau Pinang dan Polis berminat untuk mengambil P. Maniam sebagai jurulatih untuk cabaran Liga Super musim depan.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 8, 2022
Musim 2022 merupakan musim yang dianggap mengecewakan bagi Penang dimana mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga terakhir yang mana mereka hanya mampu mengutip 11 mata hasil daripada 2 kemenangan, 5 seri dan 15 kekalahan.
Penang menamatkan kontrak dua ketua jurulatih mereka iaitu Tomas Trucha dan Zainal Abidin Hassan ekoran masalah prestasi dan Manzoor Azwira diberi tugasan untuk menguruskan pasukan bagi menamatkan saingan musim ini.
PDRM pula menamatkan saingan Liga Premier di tangga ke-6 dan mereka layak ke saingan divisyen utama musim hadapan setelah pengelola liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan musim 2023 akan menggunakan format baharu.
Difahamkan Pulau Pinang sedang mengintai khidmat perancang PJ City R. Kogileswaran. Pemain sayap V. Ruventhiran dan pemain tengah A. Shivan Pillay sedang diperhatikan oleh Perak. #MFLTransfer2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 7, 2022
Difahamkan Nik Akif Syahiran hampir menandatangani perjanjian dengan Pulau Pinang. Bekas pemain tengah kebangsaan bawah 23 tahun itu bermain untuk Terengganu dan kemudiannya dipinjamkan ke Kelantan United pada jendela perpindahan kedua. #MFLTransfer2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 7, 2022
Selain P. Maniam, Penang juga semakin hampir untuk mendapatkan khidmat bekas pemain skuad B-23 Tahun negara, Nik Akif Syahiran yang mana beliau beraksi bersama Kelantan Unitee secara pinjaman dari Terengganu musim ini.
Ketika ini, beredar khabar angin di media sosial yang mengatakan PJ City akan menarik diri dari saingan Liga Super musim hadapan dan pemain serta pegawai telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Looks like PJ City, despite their efforts to look for investors, could miss out on the Super League next season.
It is learnt that players were informed after the JDT game. This is one development that I did not want to see.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 7, 2022
Meskipun berusaha sebaik mungkin mencari pelabur baharu, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil dan mereka dijangka menarik diri musim hadapan.
Perkara ini menyebabkan ramai pemain dan staf kejurulatihan mahu berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.