Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward sudah berikrar bahawa kelab berdiri teguh di belakang Ole Gunnar Solskjaer.
Beliau juga memberikan jaminan bahawa Man United akan terus memberikan sokongan dana kepada Solskjaer untuk menandatangani pemain bagi menguatkan pasukan.
Woodward sebelum ini membentangkan penyata kewangan kelab untuk suku tahun ini, di mana pendapatan Man United susut 20%. Ia kerana impak daripada penjualan tiket yang tidak diterima sejak lockdown.
Walaubagaimanapun, itu bukan alasan untuk Woodward tidak memberikan dana yang diperlukan pengurus.
Ia juga menepis spekulasi bahawa masa depan Ole Gunnar Solskjaer kini dalam bahaya selepas kekalahan di tangan Arsenal dan Istanbul Basaksehir pada bulan lalu.
United mencipta kemenangan bergaya berdepan dengan Southampton dengan aksi kebangkitan separuh masa kedua.
Agak malang buat Syaitan Merah kerana mereka tewas dalam saingan UCL berdepan dengan PSG.
Woodward memberikan jaminan sokongan kepada Ole dalam forum atas talian dengan peminat Man United.
Woodward berkata: “Jelas sekali, keutamaan kita adalah apa yang berlaku di atas padang. Dan keadaannya kini berbeza sama sekali tanpa penyokong di dalam stadium.”
“Kita melihat banyak peningkatan berlaku selepas mesyuarat kita pada April. Dengan 14 perlawanan tanpa kalah, dan menamatkan saingan di tangga ketiga pada musim lalu di EPL.”
“Ia diikuti kemenangan ke atas PSG dan Leipzig dalam aksi UCL.”
“Tentu saja, kita sedar bahawa akan ada kerja lebih berat di hadapan kita untuk mendapatkan konsistensi yang ditagih untuk memenangi piala.”
“Tetapi kita melihat tanda tanda positif di atas padang dan di pusat latihan yang memperkasakan lagi kepercayaan kita kepada pembangunan yang sedang dilakukan oleh Ole serta staf kejurulatihan, serta para pemainnya.”
“Saya sudah memberitahu perkara ini pada forum kita April lalu, di mana kita akan terus komited untuk memperkuatkan lagi pasukan, di samping perlu berdisplin dalam berbelanja ketika pandemik melanda.”
Ed Woodward says Manchester United will back manager Ole Gunnar Solskjaer with a long-term plan centred around summer transfer windows.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 3, 2020
“Rasanya kita berjaya melakukan perkara itu dengan baik.”
Woodward kemudian menyatakan, bukti jelas mereka sudah memberikan sokongan kepada Solskjaer adalah menerusi angka nett spending ataupun perbelanjaan bersih mereka sejak 2019.
Di mana Manchester United adalah yang tertinggi berbanding dengan mana mana pasukan Eropah lain.
“Dengan membawa masuk beberapa pemain pada musim panas lalu, kita meningkatkan lagi perbelanjaan bersih kita kepada lebih €200 juta sejak 2019.”
“Lebih banyak daripada mana mana pasukan Eropah yang lain dalam tempoh yang sama.:
“Kita akan terus sokong Ole dan perancangannya, melakukan rekrut untuk jangka masa panjang dan fokus kepada jendela perpindahan musim panas.”
Baca juga perkembangan lain
Presiden Interim Barcelona Kata Messi Patut Dijual Pada Jendela Perpindahan Lalu