James Olley dari ESPN melaporkan bahawa Arsenal kini mempertimbangkan untuk mendapatkan bekas perancang Tottenham Hotspur, Christian Eriksen.
Ini selepas The Gunners bergelut dengan kreativiti di zon serangan.
Eriksen berada dalam senarai untuk dilepaskan oleh Inter Milan selepas pemain itu terus gagal untuk memberikan persembahan yang lebih baik seperti diharapkan oleh Antonio Conte.
Erikson hanya memulakan 11 perlawanan Serie A sejak menyertai Inter Milan dan menolak untuk melanjutkan lagi kontraknya.
Situasi tersebut membuatkan Conte terpaksa membuka peluang kepada mana mana pasukan yang mahukan pemain tersebut.
Arsenal berada dalam senarai. Di mana The Gunners menjadikan sama ada Christian Erikssen serta Dominik Szoboszalai dalam senarai untuk dibawa masuk.
#Arsenal are assessing whether to sign Szoboszlai in January, with a more experienced option being considered as Arteta looks to fill the creativity void with proven Premier League pedigree.
A move for Eriksen is also being weighed up. [@ChrisWheatley_] via [@ZRAFC] #afc pic.twitter.com/AHNAR9SqQ9
— Arsenal TSN (@ArsenalTSN) December 1, 2020
Namun berdasarkan nilai pasaran, Szoboszalai pastinya lebih mahal berbanding dengan Eriksen.
Laporan yang sama menyebut bahawa, Arsenal boleh mendapatkan Eriksen dengan harga lelong sekitar £16.9 juta.
Arsenal have been offered a cut-price deal to sign Christian Eriksen, sources have told @JamesOlley.
The Gunners have been informed that Eriksen would consider joining them despite spending seven years at Tottenham: https://t.co/Ttejr6QhTa pic.twitter.com/OLpNW6veSX
— ESPN FC (@ESPNFC) November 25, 2020
Arsenal musim ini bergelut dengan kreativiti dan memiliki jumlah jaringan daripada permainan terbuka yang rendah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Namun Sky Sports sebelum itu melaporkan bahawa, selain Arsenal, Man United juga berminat untuk membawa masuk pemain tersebut.
Christian Eriksen could have a big decision to make…👀
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 23, 2020
Agak ironi kerana sebelum ini Mikel Arteta menyisihkan salah seorang pemain paling kreatif iaitu Mesut Ozil.
Menurut Arteta, beliau tidak nampak potensi Ozil untuk menjadi pemain utama pasukannya. Namun tetap akan memberikan peluang kepada pemain itu di masa akan datang.
Baca juga perkembangan lain
UCL: Real Madrid Dimalukan Shakhtar Donestk, Pertahanan Los Blancos Buat Kesilapan Ngeri
UCL: ‘Blunder’ Pelik Onana Dihukum, Liverpool Lolos Ke Kalah Mati