Edinson Cavani meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataannya di Instagram. Ini kerana selepas aksi ‘heroic’ menentang Southampton, Cavani memuat naik status menggunakan perkataan negrito.
Ada yang menganggap hantaran tersebut ditujukan kepada Bruno Fernandes. Namun sebenarnya Cavani tujukannya kepada rakannya.
Cavani kemudian memadamkan post tersebut selepas diberitahu bahawa perkataan negrito di UK membawa kepada maksud rasis.
FA Inggeris menjalankan siasatan ke atas post instagram Cavani itu kerana perkataan negrito yang digunakan oleh pemain itu di dalamnya.
FA sebelum ini pernah menggantung Bernardo Silva kerana menggunakan gambar itik berwarna hitam ketika bergurau dengan Benjamin Mendy.
Cavani memohon maaf dan berkata: “Mesej yang saya hantar pada perlawanan Ahad adalam bertujuan untuk memberikan terima kasih dengan mesra kepada rakan, berterima kasih kepadanya kerana ucapan tahniahnya kepada saya selepas perlawanan.”
“Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah mengguris hati orang lain. Saya sepenuhnya menentang rasisme, dan memadam hantaran tersebut sebaik sahaja saya dimaklumkan bahawa ia diinterprestasikan berbeza.”
“Saya mahu meminta maaf dengan ikhlas untuk perkara ini,” tulis Cavani.
Gary Neville percaya, segala yang berlaku adalah salah FA sendiri yang tidak memberikan pendidikan secukupnya kepada pemain dari luar negara yang datang bermain di England.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Aksi Kelas Dunia Cavani Bantu United Bangkit Dari Bangku Simpanan
Serie A: Milan Kekal Tanpa Kalah, Kukuhkan Kedudukan Di Puncak