Edinson Cavani meraikan tahun baru dengan hukuman gantung 3 perlawanan dan denda £100,000. Beliau juga diwajibkan untuk menghadiri kursus menyesuaikan diri dengan kehidupan di England.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Cavani didapati bersalah menggunakan perkataan negrito dalam instagram miliknya.

Cavani menggunakan frasa tersebut selepas kemenangan Man United ke atas Southampton pada bulan lalu. Di mana Cavani masuk sebagai pemain gantian ketika pasukannya ketinggalan 2 gol.

Hasilnya, Cavani menjaringkan 2 gol dan mencipta satu assist.

Cavani menegaskan bahawa beliau langsung tak berniat mahu menyinggung sesiapa. Bagi sesetengah orang di beberapa negara, kenyataan itu adalah ofensif dan berbaur rasis.

Difahamkan Cavani memuat naik kapsyen itu yang biasanya digunakan di Uruguay, dan ianya tidak berbaur rasis di sana.

Di Uruguay, Negrito merujuk kepada istilah ‘bro’ di negara lain.

BBC melaporkan pihak Cavani sudah dimaklumkan bahawa ayat yang beliau gunakan itu adalah sensitif di UK.

BBC juga menegaskan Man United juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Cavani.

EoBQseOXcAI7zq7

Cavani minta maaf

Edinson Cavani meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataannya di Instagram. Ini kerana selepas aksi ‘heroic’ menentang Southampton, Cavani memuat naik status menggunakan perkataan negrito.

EoBQseOXcAI7zq7

Ada yang menganggap hantaran tersebut ditujukan kepada Bruno Fernandes. Namun sebenarnya Cavani tujukannya kepada rakannya.

Cavani kemudian memadamkan post tersebut selepas diberitahu bahawa perkataan negrito di UK membawa kepada maksud rasis.

FA Inggeris menjalankan siasatan ke atas post instagram Cavani itu kerana perkataan negrito yang digunakan oleh pemain itu di dalamnya.

FA sebelum ini pernah menggantung Bernardo Silva kerana menggunakan gambar itik berwarna hitam ketika bergurau dengan Benjamin Mendy.

Cavani memohon maaf dan berkata: “Mesej yang saya hantar pada perlawanan Ahad adalam bertujuan untuk memberikan terima kasih dengan mesra kepada rakan, berterima kasih kepadanya kerana ucapan tahniahnya kepada saya selepas perlawanan.”

“Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah mengguris hati orang lain. Saya sepenuhnya menentang rasisme, dan memadam hantaran tersebut sebaik sahaja saya dimaklumkan bahawa ia diinterprestasikan berbeza.”

“Saya mahu meminta maaf dengan ikhlas untuk perkara ini,” tulis Cavani.

EoF8ZBIXIAEqZY0

Gary Neville percaya, segala yang berlaku adalah salah FA sendiri yang tidak memberikan pendidikan secukupnya kepada pemain dari luar negara yang datang bermain di England.

FA  mendapati pemain itu melanggar Peraturan E3. – yang diklasifikasikan sebagai kesalahan berat – merujuk seseorang dengan warna kulit, bangsa, etnik ataupun asal usul.

Manchester United berkata: “Manchester United dan kesemua pemain kami komited sepenuhnya kepada usaha menentang perkauman dan kami akan terus bekerjasam dengan FA – serta badan kerajaan lain, mahupun organisasi, juga menerusi kempen kami sendiri yang berkaitan.”

“Kami dimaklumkan oleh FA tentang keputusan siasatan, dan pertuduhan ke atas Edinson Cavani kerana satu balasan kepada mesej tahniah daripada rakannya selepas aksi Southampton.”

“Edinson dan kelab menjelaskan bahawa, sememangnya tiada niat jahat di sebalik mesej itu. Di mana dia terus memadamkannya dan meminta maaf, sebaik sahaja dimaklumkan ianya boleh disalah erti.”

“Pemain kami dan kelab akan mempertimbangkan tuduhan itu dan akan memberikan maklum balas kepada FA seperti yang sepatutnya.”

Baca juga perkembangan lain

Spurs Terus Tertunggu Status Perlawanan, Mourinho Sindir PL Sebagai Terbaik Di Dunia

Klopp Puji Semangat Juang Pemain Namun Akui Ketumpulan Serangannya

Diikat Eibar, Koeman Tak Yakin Barca Mampu Juara, Anggap Atletico Semakin Kuat