Football Association (FA) akan menyiasat hantaran media sosial menerusi Instagram yang dimuat naik oleh Cavani yang dituduh ada unsur unsur rasis.

Cavani memuat naik status dengan kapsyen dalam bahasa Sepanyol: “Gracias N*grito” – mengucapkan terima kasih kepada rakannya.

Bagi sesetengah orang di beberapa negara, kenyataan itu adalah ofensif dan berbaur rasis.

Difahamkan Cavani memuat naik kapsyen itu yang biasanya digunakan di Uruguay, dan ianya tidak berbaur rasis di sana.

Di Uruguay, Negrito merujuk kepada istilah ‘bro’ di negara lain.

BBC melaporkan pihak Cavani sudah dimaklumkan bahawa ayat yang beliau gunakan itu adalah sensitif di UK.

BBC juga menegaskan Man United juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Cavani.

EoBQseOXcAI7zq7

Cavani tampil cemerlang dalam aksi berdepan dengan Southampton semalam. Di mana beliau masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Di mana Cavani masuk dan mencetak dua gol serta mencipta satu assist, untuk memastikan United mencipta kemenangan dramatik 3-2 selepas ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Arsenal Kalah Lagi, Wolves Naik Ke Tangga Keenam

EPL: Chelsea Tak Ada Jawapan Untuk Pecahkan Taktik Bertahan Mourinho

Serie A: Milan Kekal Tanpa Kalah, Kukuhkan Kedudukan Di Puncak